Penyanyi, Ezad Lazim mendoakan yang terbaik buat vokalis asal kumpulan Exists, Mamat yang kini masih lagi dalam proses perbicaraan atas dua pertuduhan memiliki dan menggunakan dadah, lima tahun lalu.
Menurut Ezad atau nama sebenarnya, Mohd Rohaizad Mohd Lazim, dia berharap agar Mamat dapat terus cekal untuk menghadapi setiap dugaan ketika ini.
“Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat Mamat. Semoga dipermudahkan segala dugaan yang melanda hidup dia.
“Semoga ini menjadi pengalaman dan pengajaran untuk Mamat sendiri dan mereka yang di luar sana,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Ezad turut memaklumkan Exists akan sentiasa memberikan sokongan buat Mamat sebagai seorang sahabat.
Ads
“Kami okay sahaja. Kita doakan bila selesai segala urusan Mamat nanti, tiada masalah untuk dia kembali bersama kami. Exists dan Mamat tidak pernah ada masalah.
“Bagi kami, Mamat ini seorang yang sangat okay. Kami kenal dia macam mana tapi mungkin kali ini nasib tidak menyebelahi dia.
“Kami sebagai Exists pun tak boleh nak buat apa-apa. Kita juga tak boleh nak masuk campur kerana hal ini masih menjadi kes polis. Kami tak boleh nak komen lebih,” ulasnya lagi.
Penyanyi lagu Jesnita itu berkata sedemikian ketika ditemui di program promosi Konsert Rock Lagenda Berzaman yang berlangsung di ibu kota pada Rabu.
Ditanya sama ada pihak Exists ada cuba menghubungi Mamat sewaktu dia ditahan, ini reaksi yang dikongsikan Ezad;
Ads
“Semasa kejadian itu berlaku, kami sebenarnya sudah dapat tahu sebab kami memang rapat. Ketika itu dia sudah ditahan. Kami hanya berurusan dengan pihak keluarga.
“Walaupun kami tahu lebih awal, kami memilih untuk diam sahaja,” ulasnya lagi.
Katanya lagi, segala projek Exists bersama Mamat sudah pun selesai selepas mereka mengadakan Konsert Orkestra pada Disember lalu.
Ads
“Nasib baik projek bersama Exists sudah selesai. Kami masih ada konsert unplugged di Singapura tapi Mamat memang tidak terlibat.
“Mungkin Ajai ada nak buat single bersama Mamat. Ajai lebih tahu hal ini,” akhirinya.
Terdahulu, Ezad bakal terlibat didalam Konsert Rock Legend Berzaman yang bakal berlangsung di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 3 Mac ini.
Selain Ezad, konsert ini turut membariskan 8 lagi penyanyi lagenda tanah air iaitu Mus May, Poei Stings, Zamani, Azan Scan, Ameng Spring, Hazama, Amir Ukays dan Shidi Data.
Menariknya, tiket konsert ini juga bakal dijual secara fizikal dibeberapa lokasi terpilih dengan harga promosi RM98.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
TVS dengan sokongan Kerajaan Sarawak telah melancarkan sebuah program realiti hiburan iaitu ‘Getaran Jiwa’ dalam sebuah sidang media yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Program bertemakan ‘Irama Mengimbau Kenangan’ itu diinspirasikan oleh karya Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma.
Getaran Jiwa bakal ditayang menerusi saluran 122 di Astro dan MYTV mulai 21 Oktober 2022 depan sebanyak 8 episod.
Program ini bersiaran pada setiap Jumaat, dimulai dengan tayangan kapsul ‘Debaran Jiwa’ pada pukul 7.30 malam hingga 8.00 malam dan diikuti siaran langsung ‘Getaran Jiwa’ pada 8.45 malam hingga 10.15 malam.
‘Getaran Jiwa’ menampilkan 40 peserta melalui pencarian bakat baru dari seluruh negara, konsep dan format program ini merupakan idea bersama TVS dan Morningstar Entertainment yang diwakili oleh Adlan Shaharir sebagai Penasihat Kandungan Kreatif.
Para peserta akan bersaing bagi merebut hadiah terkumpul sebanyak RM60,000, persembahan peserta akan dinilai melalui sistem pemarkahan ‘Jiwa Meter’ yang terbahagi kepada 70% oleh barisan juri profesional diketuai oleh Dato’ Nash dan 30% oleh juri awam yang mengundi secara atas talian.
Turut hadir pada majlis pelancarannya ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Rizal Zulkapli, Pengurus Saluran, Aizal Ibrahim dan Penerbit Penyelaras, Yume Suryani.
“Untuk membawakan kelainan dan nafas baharu, susunan muzik karya-karya evergreen Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma bakal kami olah supaya menjadi lebih kontemporari.
“Insya-Allah, bakat-bakat baru yang kami ketengahkan dan persembahan yang bakal kami sajikan akan mencuit hati para penonton,” ujar Adlan.
“Tanpa lari daripada intipati asal lagu kedua-dua legenda tanah air tersebut, para peserta diberikan peluang menggunakan kreativiti mereka untuk mengangkat martabat lagu yang sedia ada.
“Dengan barisan peserta dari seluruh Malaysia daripada latar belakang yang pelbagai, kami juga tidak sabar menunggu kejutan daripada bakat-bakat ini,” tambah Yume pula.
Sementara itu, Getaran Jiwa merupakan rancangan hiburan ketiga terbitan TVS untuk tahun 2022 selepas program TVS Live dan Pemerindang Borneo.
Program dikendalikan oleh Jiggy Masin dan Sissy Imanmanakala memperkenalkan barisan peserta program dan hos kapsul ‘Debaran Jiwa’ pula ialah Fattah Bolhanuddin dan Siti Zawawi.
Getaran Jiwa huga boleh disaksikan penonton bermula 21 Oktober 2022 pada pukul 8.45 malam setiap Jumaat di saluran 122 di Astro dan MYTV.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semakin selasa membina karier di Malaysia, penyanyi asal Korea Selatan, Han Byul berterima kasih di atas sambutan yang diberikan peminat di sini terhadap lagu-lagu nyanyiannya.
Menurut Han Byul atau nama sebenarnya, Jang Han Byul, 32, dia juga berhasrat mahu lebih banyak mempelajari tentang bahasa dan budaya masyarakat di sini.
“Sedekad lalu, saya menjejakkan kaki ke salah sebuah syarikat rakaman muzik yang terkenal di Korea untuk menjadi salah satu ahli kumpulan K-pop, Led Apple.
“Namun siapa sangka, karier muzik saya diterima baik di sini. Walaupun saya mempunyai peminat di serata dunia, hati saya tetap di sini kerana sokongan peminat Malaysia sangat mengharukan.
“Merekalah penyebab terbesar mengapa saya ingin mempelajari lebih banyak tentang bahasa Melayu, budaya dan segala-galanya.
“Apa yang saya lakukan adalah kerana peminat dan sudah pastinya saya mahu berikan yang terbaik buat mereka dan bukannya ala kadar, kerana setiap yang dihasillan adalah dari hati,” katanya.
Tampil dengan single terbaharu berjudul Bukan Milikmu, Han Byul berharap lagu tersebut dapat mengubati kerinduan peminat setelah dua tahun tidak tampil dengan karya baru.
“Lagu ini telah pun saya rakamkan pada tahun lepas, namun kerana Covid-19 yang melanda dunia telah membantutkan segala aktiviti termasuklah cabang seni dan segala perancangan terpaksa ditunda.
“Bagaimanapun saya lega, setelah segala dugaan dan cabaran, lagu Bukan Milikmu akhirnya menemui peminat di sini.
“Menariknya, saya turut menyelitkan beberapa bait lirik dalam Bahasa Korea yang disesuaikan dengan cara nyanyian ala Korea bagi menambah feel terhadap karya ini,” ujarnya.
Bukan Milikmu merupakan hasil ciptaan penyanyi Hazama, bersama komposer terkenal, Omar K, manakala Warner Music Malaysia bertindak selaku penerbit.
Sekadar informasi, Han Byul memulakan karier seninya di tanah air selepas menjuarai program Big Stage musim kedua yang disiarkan pada tahun 2019.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Han Byul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
10 tahun lalu kumpulan Little Mix mencipta sejarah tersendiri apabila mereka menjadi kumpulan penyanyi pertama memenangi pertandingan nyanyian realiti popular, X-Factor. Biarpun kini tinggal bertiga setelah Jesy Nelson mengambil keputusan untuk bergerak secara solo tahun lalu, Leigh-Ann Pinnock, Perrie Edwards dan Jade Thirlwall terus menghasilkan karya baharu.
Mengimbau kembali saat menjalani sesi uji bakat, mereka tidak saling mengenali kerana masing-masing hadir sebagai penyanyi solo. Saat itu mereka gagal untuk lolos ke peringkat seterusnya. Namun saat menentukan siapa yang akan dibawa ke rumah mentor, Kelly Rowland yang merupakan salah seorang juri ketika itu merasakan keempat-empat mereka harus diberi peluang sebagai sebuah kumpulan.
Maka lahirlah kumpulan Little Mix yang popular dengan lagu seperti Secret Love Song dan Sweet Melody. Sehingga kini mereka telah menjual lebih dari 60 juta album sepanjang karier mereka di dalam industri muzik antarabangsa. Ini menjadikan kumpulan ini antara kumpulan penyanyi wanita yang paling banyak menjual album sebaris dengan kumpulan lagenda seperti Spice Girls, Destiny’s Child dan TLC.
Mengimbau kembali kenangan lalu, mereka memuat naik sebuah video kenangan yang mengingati bagaimana kemenangan mereka di X-factor mengubah kehidupan mereka selama-lamanya.
Saat mereka masih berempat bersama Jesy Nelson, dua dari kiri.
Dalam hantaran itu, tertulis, “10 tahun sejak kami mememangi X-Factor. Momen yang paling mengubah kehidupan kami. Terima kasih atas sokongan anda semua sepanjang sedekad lalu.” Menerusi video yang dimuat naik itu tersebut mereka melihat kepada gambar saat diumumkan sebagai pemenang dan dapat dilihat keempat-empat mereka meraikan momen tersbeut bersama mentor, Tulisa Contostavlos.
Salah seorang dari mereka, Perrie Edwards berkata, “Momen yang mengubah kehidupan kami. Menang X Factor, apabila kami fikir kami tidak akan sampai ke minggu pertama. Dan wajah Tulisa juga, saya sayang Tulisa. Dia adalah seorang yang hebat melalui keseluruhan pengalaman yang kami lalui bersama. Tetapi ya, ini hanya membuat saya sangat gembira.”
Mereka antara kumpulan wanita yang berjaya mendaki carta muzik antarabangsa.
Sepanjang sepuluh tahun bersama mereka telah menerbitkan enam album bersama dan memenangi tiga Brits Award. Mereka juga merupakan kumpulan Britain pertama yang berjaya berada dalam kedudukan empat terbaik carta Billboard Top 200 pada tahun 2013. Pencapaian terbaik kumpulan dari Britain sebelum itu dipegang oleh Spice Girl yang menduduki tangga keenam carta itu menerusi album debut mereka pada tahun 1997.
Kini, kumpulan ini dikhabarkan akan berehat dan tidak aktif bagi menumpukan kepada kehidupan masing-masing dan juga projek secara solo. All the best girls!
Pelakon terkenal filem Home Alone, Macaulay Culkin, membuat pendedahan mengejutkan apabila mengakui sudah lebih tiga dekad tidak berhubung dengan bapanya, Christopher “Kit” Culkin.Dalam episod...