Pelakon dan pelawak, Johan Raja Lawak akui kekangan waktu disebabkan komitmen kerja selaku penyampai radio sedikit sebanyak memberikan cabaran sepanjang menjayakan filem Abang Long Fadil 3.
Menurut Johan atau nama sebenarnya, Mohd. Yazid Lim Mohamad Aziz, ketika penggambaran, dia harus memberikan kualiti lakonan yang terbaik agar dia dapat dilepaskan lebih awal dan memudahkan urusan semua pihak.
“Cabaran ketika melakonkan filem ini adalah apabila saya mempunyai waktu yang sangat terhad disebabkan komitmen kerja bersama stesen radio. Jadi, saya perlu dilepaskan lebih awal.
“Setiap babak, saya kena bagi yang sehabis baik disebabkan saya kena pulang awal. Saya ada cakap dengan Syafiq, sepanjang aku ada dekat sini, kau henjut je aku. Alhamdulillah dia pun lepas cara baik.
“Bila dengan Zizan, selalunya babak itu akan jadi susah sebab kami perlu bertentangan mata. Kita memang tak putus gelak je di set lebih-lebih lagi bila babak berlawan.
Ads
“Namun, sepanjang shooting ini, kami sangat enjoy. Satu babak tu boleh jadi sampai tiga hari. Kadang-kadang saya pula yang kena ingatkan Zizan, ‘Zan dah pukul 5 pagi ni, nak gelak lagi ke?’. Pengarah pun terhibur sama dengan kami,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, suami kepada pelakon Ozlynn Wati ini juga mendedahkan dirinya sudah bersedia andai khidmatnya masih lagi diperlukan bagi francais filem Abang Long Fadil yang akan datang.
“Sebenarnya saya tak kisah pun. Segalanya bergantung kepada permintaan. Selagi saya berdaya, saya akan buat. Lagi pun, bila buat filem seperti ini, saya kena pergi training seperti kelas gimnas dan akrobatik.
Ads
“Babak aksi itu kebanyakkannya saya buat sendiri. Itu adalah usaha saya. Bila sekali kita dah setuju dengan harga, saya pasti akan bagi komitmen 120 peratus kepada pengarah.
“Kalau saya ditawarkan lagi, saya akan lihat dulu kemampuan saya untuk pergi latihan. Disebabkan latihan itulah yang membuatkan filem ini cantik,” ujarnya lagi.
Ketika ditanya ada dia meletakkan harapan agar pihak pengarah mengadakan filem ‘stand alone’ bagi watak Chow Han, Johan memberitahu, segalanya bergantung kepada rezeki.
“Saya tak mahulah terlalu berharap. Apa yang saya buat, saya tak boleh nak harapkan pembalasan tetapi saya percaya setiap perbuatan itu ada balasan.
Ads
“Kalau diberikan tawaran satu hari nanti, kita boleh pertimbangkan. Ada rezeki, kita buat,” akhirinya.
Dalam filem ini, Johan turut bergandingan bersama isterinya, Ozlynn sebagai watak antagonis.
Terdahulu, filem komedi aksi ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 8 September ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pakar bedah, Dr. Amalina ada berkongsi sebuah perkhabaran gembira menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri di laman tersebut, Dr. Amalina memberi tahu bahawa dia telah pun menerima lamaran daripada kekasihnya itu.
Malah, doktor yang berpengkalan di London, United Kingdom itu turut mendedahkan bahawa dia sudah tidak sabar untuk membuat persiapan bagi majlis perkahwinannya itu.
“Excited about wedding planning x2 (UK & Malaysia) #Engaged,” tulisnya.
Dalam pada itu, Dr. Amalina turut memberi gambaran bahawa dia akan mengadakan dua majlis resepsi di Malaysia dan juga di United Kingdom.
Perkhabaran tersebut nyata menerima perhatian daripada pelbagai pihak selepah posting tersebut meraih hampir 43,000 tanda suka dan turut dihujani ribuan komen.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis dilihat begitu teruja sambil turut mendoakan agar segala urusan pasangan tersebut dipermudahkan.
Sumber: Instagram Dr. Amalina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan sosialit popular Indonesia, Nia Ramadhani dijatuhkan hukuman penjara setahun bersama suaminya, Ardi Bakrie atas kesalahan penyalahgunaan dadah.
Pasangan suami isteri itu telah ditahan pada 7 Julai tahun lalu apabila pihak polis menemui dadah jenis metamphetamine atau shabu di kediaman mereka. Turut ditahan adalah pemandu peribadi mereka, Zen Vivanto.
Hukuman yang dikenakan kepada mereka telah diputuskan oleh hakim Muhammad Damis dalam perbicaraan yang berlangsung di Pengadilan Negeri (PN) Jakarta Pusat semalam.
Pada permulaannya pendakwa raya dalam perbicaraan menuntut mereka masing-masing dijatuhkan hukuman pemulihan mandatori selama setahun, namun begitu hakim berhujah yang mereka tidak pernah dipaksa atau ditekan untuk menggunakan dadah.
Oleh sebab itu mereka tidak dikira sebagai mangsa dadah yang memerlukan rehabilitasi.
“Tiada bukti bahawa defendan telah menggunakan dadah dalam keadaan bergantung kepada bahan tersebut, sama ada secara fizikal atau psikologi, sejak sekian lama,” kata Hakim Muhammad Damis.
Tambahan pula, mahkamah berkata Nia dan Ardi menunjukkan contoh buruk kepada orang ramai, ini menjadi faktor kepada keputusan mereka untuk menjatuhkan hukuman berat.
Sebelum ini, Nia dan Ardi telah menjalani proses rehabilitasi sekitar lima bulan di sebuah fasiliti di Cisarua, Jawa Barat tahun lalu.
Mereka akan memfailkan rayuan terhadap hukuman itu.
Sekadar informasi, pasangan ini berkahwin pada tahun 2010 dan telah dikurniakan tiga cahaya mata. Nia Ramadhani merupakan seorang model dan pelakon popular. Di Malaysia dia begitu dikenali dengan watak Bawang Merah atau Siska menerusi sinetron hit Bawang Merah Bawang Putih.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Astro mengajak semua usahawan SME untuk menyertai ‘POWER UP – Exclusive Astro Studio Tour’ bermula hari ini hingga 1 Julai 2022.
Pertama kali dianjurkan, para usahawan SME berpeluang meninjau studio-studio di All Asia Broadcast Centre(ASTRO) yang dibuka secara eksklusif, bertemakan ‘POWER UP! Berdiri Di Tempat Betul Untuk Berkembang’.
Selama seminggu anda bakal melihat sendiri suasana di pusat penyiaran ini di samping mendengar perkongsian daripada ahli media yang akan berkongsi info trend terbaharu dan data insights penting.
Ini termasuklah jenis pengiklanan paling efektif atau addressable di Asia Tenggara bagi melipat-gandakan ketepatan kuasa pemasaran di kalangan generasi baharu di kaca TV.
Sasarlah pengguna yang tepat menerusi kalangan pelanggan ASTRO di seluruh Malaysia, bagi memacu ekosistem pasaran.
Bukan itu saja, anda juga dapat menyaksikan rancangan yang bersiaran secara langsung yang berlaku di studio. Anda juga boleh bertemu selebriti kegemaran selain menikmati diskaun eksklusif dalam pakej-pakej pengiklanan yang ditawarkan.
Lebih menarik, anda mungkin ada peluang untuk bawa pulang hadiak menarik, mencecah RM1 juta untuk direbut!
Terdapat 10 set hadiah dengan tiap satunya ialah sebuah TV pintar Samsung 65″ AU7000 4K UHD serta hadiah bernilai RM100,000 pengiklanan airtime untuk dimenangi.
Acara hebat selama empat hari ini akan dibahagikan kepada tiga sesi sehari. Mereka yang berminat boleh memilih mana-mana slot masa yang sesuai di antara jam 9.00 pagi, 11.30 pagi atau 2.30 petang.
Setiap sesi hanya terhad kepada 40 orang, jadi jom tempah slot anda sekarang di quake.com.my. Lebih mudah, tekan saja link quake.com.my.
Beradalah di tempat yang betul untuk berkembang bersama audiens ASTRO untuk ‘power up’ bisnes anda!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...