Pelakon Dynas Mokhtar mengakui bergelar seorang selebriti bukan semudah yang disangka kerana mereka sering menjadi bualan dan perhatian ramai pihak.
Bagaimanapun, untuk kekal dalam industri hiburan, setiap selebriti perlu sentiasa berfikiran positif dan tenang menghadapi setiap cabaran yang datang.
Malah, bintang filem KL Gangster: Underworld ini mempunyai pendapat sendiri.
“Kekuatan untuk bertapak lama dalam industi hiburan salah satunya adalah populariti dan disiplin. Kalau kita tahu cara bawa diri macam mana untuk mahu kekalkan dalam industri.
“Malah, pelbagai cara untuk kekal dalam industri baik dari segi positif dan juga negatif.
“Jadi, ia terpulang pada individu untuk membentuk diri sendiri dalam bidang ini,” kata Dynas kepada MH ketika ditemui di Shah Alam pada Sabtu sempena uji bakat pencarian Dewi Remaja 2019.
Mengambil contoh selebriti, Neelofa yang terlibat dalam Dewi Remaja 2009/10, Dynas memuji kebolehan ahli perniagaan itu yang berjaya mencipta nama dalam industri hiburan tanah air dan di persada dunia.
“Dia (Neelofa) bukan sahaja seorang penghibur dalam industri, tetapi dia juga seorang ahli perniagaan yang berjaya; baik dalam dunia lakonan dan juga dunia perniagannya.
“Cara dia menonjolkan dirinya dan cara dia mencipta nama di persada dunia sangat bagus kerana dia ada aura positif.
“Jadi, kita boleh banyak belajar dari dia dan dia sentiasa menjadi bualan ramai,” akui Dynas.
Malah, Dynas menegaskan bahawa bergelar selebriti tidak akan lari dari gosip dan kecaman netizen.
“Kalau seseorang mahu berjaya, mereka pasti akan dikecam. Apabila kita tidak menjadi bahan gosip orang ramai, kita mungkin tidak akan berjaya.
“Jadi, ia sangat bagus apabila orang bercakap mengenai kita daripada mereka hanya berdiam,” akhiri Dynas.
Dalam pekembangan lain, Dynas merupakan juri dalam uji bakat Dewi Remaja 2019 disamping Anzalna dan Datuk Hj. Aznil Nawawi.
Uji bakat tersebut berlangsung selama dua mingu berturut-turut (7,8,14 dan 15 September) di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.
https://www.youtube.com/watch?v=as63_M5mmn0
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelakon Eyra Hazali yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol skuad bola sepak pasukan JDT, Haziq Nadzli Jumaat lalu, mengakui sudah pasang niat mahukan ibu sendiri, Qhuzie Johari agar menjahit baju nikahnya apabila tiba hari bersejarah itu.
Kata Eyra kepada MH, majlis nikah adalah satu momen yang tidak akan dilupakan setiap pasangan berkahwin sementelah ia menjadi majlis wajib setiap pasangan mempelai.
“Saya percaya dalam proses perkahwinan itu, nikah yang paling akan dingati. Dari nikah itulah status kita juga akan berubah, dari ‘cik’ kepada ‘puan’. Jadi saya memang mahu ibu sendiri yang sentuh baju nikah saya.
“Untuk nikah, saya impikan sesuatu yang ringkas. Ibu memang dari dulu dia juga yang jahitkan baju raya kami sekeluarga memandangkan ibu seorang tukang jahit.
“Apa-apa memang saya akan harapkannya dan alhamdulillah, baju ini direalisasikan dalam tempoh seminggu sahaja,” kata Eyra jujur.
Sementara itu pada majlis sandingnya yang akan dilangsungkan hari ini, Eyra dan suami bakal mengenakan persalinan rekaan Azura Couture.
Ditanya mengenai fasa perkahwinan yang baru sahaja dilaluinya pada usia muda, bintang Nur 2 ini bersyukur kerana kedua keluarga merestui hubungan yang terjalin.
“Tak sangka hubungan kami sudah pun sampai ke fasa ini dalam usia yang masih muda.
“Apa pun alhamdulillah bila melihat riak wajah ahli keluarga lainnya yang gembira dan beremosi, kami pun rasa syukur kerana mereka restui hubungan kami,” akui Eyra.
Terdahulu, keduanya sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dan pasangan ini diijabkabulkan di Masjid As-Syakirin KLCC kira-kira jam 9.30 malam.
Keduanya sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada 1 Disember tahun lalu.
Foto: Instagram Eyra Hazali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dr. Amalina Bakri menerusi Instagramnya sehari lalu ada memaklumkan, adik Ainul dan kedua ibu bapanya telah selamat sampai di London bagi meneruskan misi merawat kanser mulut Germ Cell Tumor dihadapi bayi kanak-kanak berkenaan.
Doktor muda dari Malaysia itu merakamkan ucapan terima kasih buat semua pihak terlibat dalam misi bantuan tersebut.
“Alhamdulillah, Ainul, Safi and Erwani have arrived in London. Thank you to Malaysian anaesthetists who accompanied Ainul while on the plane, a team of Malaysian doctors (residing in the UK) who helped out with the logistics, as well as @malaysiaairlines and Malaysian High Commission in London.
“Last but not least, thank you Malaysia. It took a village to ensure that Ainul could arrive here safely. Please respect the family’s privacy during this difficult time. Let’s all pray for baby Ainul. p/s: I am sorry I cannot give any details due to patient confidentiality, thank you. #Pray4BabyAinul,” tulisnya.
Lalu, perkongsian tersebut mendapat reaksi positif rakyat Malaysia yang rata-ratanya mendoakan agar semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.
Sebelum ini, penderitaan yang dialami Ainul Mardiah menarik perhatian Dr Nur Amalina yang berusaha berbincang dengan sekumpulan doktor pakar di UK bagi melakukan pembedahan ke atas bayi perempuan itu.
Bagaimanapun, kos rawatan bagi membuang ketumbuhan dan rawatan susulan bayi perempuan itu di UK dianggarkan menelan kos kira-kira RM1 juta.
Sementara itu, bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak turut berkongsi perkembangan misi rawatan.
#TERIMA KASIH DOKTOR!.Ini lah team yang uruskan transfer ainul bermula dari malaysia sehingga lah masuk hospital di…
Posted by Ahmad Safiuddin on Sunday, 26 May 2019
Foto: Instagram Dr Amalina/Facebook Ahmad Safiuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penyanyi Nora Ariffin mendedahkan setiap kali menjejakkan kaki ke tanah suci, dia sebolehnya akan cuba untuk mencari sudut terbaik untuk bermunajat selain berdoa kepada Yang Maha Esa.
Jelasnya menerusi Instagram lagi, dia turut mendoakan agar semua peminatnya akan sama-sama mendapat peluang untuk menjadi tetamu Allah, sekaligus mampu merasai nikmat beribadah di sana.
“Setiap kali saya ke Mekah, saya akan mencari spot yg terbaik utk bertafakur, bermunajat & membaca hampir kesemua DOA DOA yg dikirimkan melalui saya. Moga Allah makbulkan doa2 kalian semua.
“Dalam setiap akhir doa saya. Saya sering menyebut moga semua follower saya dapat sama2 mendpt rezeki utk menjadi TETAMU ALLAH & merasai nikmat beribadah disini.
Allahuabar. Jom umrah bersama saya dan 2 orang Ust hebat,” tulisnya sambil memberikan kredit.
Sementara itu menerusi posting terdahulu, penyanyi Menyemai Cinta Bersamamu ini turut menambah, Kaabah adalah rumah Allah paling awal yang dibina di dunia.
“Bismilahirahmanirahim Kaabah adalah…rumah Allah yg PERTAMA yg dibina di atas mukabumi.
“Melihat kaabah mendapat pahala apatah lagi, dapat SOLAT & BERDOA dihadapannya.
Moga kita semua dipermudahkan utk menjadi TETAMU ALLAH,” tulisnya lagi.
Terdahulu, bintang berusia 46 tahun ini juga turut dilantik sebagai Duta UMRAHeco.
Foto: Instagram Nora Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI