Pengumuman pengacara Neelofa yang mengumumkan berundur dari MeleTOP secara langsung menerusi rancangan berkenaan nyata mengejutkan ramai pihak.

Lalu pastinya, pengumuman berkenaan sekali gus menjawab spekulasi ramai selepas usahawan berjaya itu dikhabarkan bakal menarik diri selepas tujuh tahun dan lapan musim bersama program terbabit.

Neelofa sudah pun menjelaskan sebabnya menerusi sidang media khas yang diadakan sejurus tamatnya episod MeleTop, malam tadi.

Sementara itu, rakan hos, Nabil Ahmad turut memberikan reaksi terhadap keputusan yang dibuat Neelofa.

IKLAN

Katanya kepada MH, sejujurnya dia agak terkesan dan belum bersedia untuk meninggalkan rancangan hiburan terbabit.

“Bila Lofa buat pengumuman tersebut, saya agak terkesan. Neelofa sudah pun sampai masanya, dia sudah nak ‘move on’ dari MeleTop. Macam mana dengan aku pula nanti. Saya bimbang kalau saya menangis gila-gila.

“Bila tiba saya punya giliran dan waktu itu akan sampai juga. Saya tak bersedia dan saya tidak akan terbuka macam Lofa untuk terima hakikat tersebut. Rasanya saya akan ‘frustlah’ kot.

IKLAN

“Saya sensitif… Lagi pula saya memang sayang dengan program ini dan setiap Selasa, kami akan berikan sepenuh jiwa raga. Buat sehabis boleh untuk jadikan MeleTop menarik tiap episod. Jadi bila penonton kata seronok, saya dapat kepuasan daripada situ,” jelasnya jujur.

Terdahulu dua pasangan pengacara ini pernah membuat pengumuman menarik diri daripada menyertai pencalonan Anugerah MeleTop, tahun ini dan keduanya sudah pun menggalas tugas sebagai hos MeleTop sejak tahun 2012.

IKLAN

Ikuti sedutan temubual bersama mereka di sini;

#MHLive, pc MeleTOP selepas Neelofa umum tinggalkan setnya, selepas 7 tahun dan 8 musim.

Posted by MEDIA HIBURAN on Tuesday, December 3, 2019

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/743421376144120/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI