Pelakon dan pelawak, Zizan Razak tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya saat melawat rumah kuaters yang pernah didiaminya satu ketika dahulu sebelum dia bergelar anak seni.
Menurut Zizan, rumah yang terletak di Jalan Terkukur, Kuala Terengganu itu mempunyai 1001 kenangan indah yang tidak mungkin dapat dilupakannya.
“Suatu pengalaman yang hanya menjadi sebuah cerita dimasa hadapan yang tidak mungkin lagi berulang.
“Ini rumah Zizan membesar. Rumah yang penuh sejarah sebelom Zizang menjadi Zizan. Pelabagai cerita Zizan dan keluarga tertulis dirumah ini.
“Selepas bertahun tinggalkan rumah ni dan bila Zizan masuk rasa nak menitis air mata rindu masa kami tinggal disini,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Polis Evo itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram.
Ads
Menerusi video berdurasi hampir tiga minit itu, Zizan turut dilihat berkongsi keadaan rumahnya itu buat tatapan para peminat.
Dalam pada itu, Zizan turut memaklumkan dia terpaksa berpindah daripada rumah tersebut selepas kerajaan negeri memutuskan untuk mengambil alih semula kawasan berkenaan untuk menjalankan projek rumah flat.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tersentuh melihat perkongsian tersebut selain turut meluahkan rasa bangga dengan kejayaan yang telah dikecapi Zizan sehingga ke hari ini.
Ads
“Tak lupa asal usul, salute.
“Kadang bila kita tengok masa lampau kita, automatik kita akan rasa bersyukur dengan semua nikmat yang kita miliki sekarang.
“Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat tinggal kita kan. Kenangan sangat tu.
“Video ini buat saya terinspirasi dengan Abang Zizan,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Ads
Baru-baru ini, Zizan telah pun menyertai sebuah misi bantuan bagi menyampaikan sumbangan buat para penduduk di Pulau Perhentian yang terjejas akibat pendamik Covid-19 ini.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Zizan Razak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anak kepada pelakon terkenal Jasmin Hamid, Rohanna Abdul Hamid mengakui sudah memaafkan individu yang menulis komen berbaur fitnah di laman sosial ibunya, namun jelasnya kepada Media Hiburan, kesannya cukup berbekas dalam hati.
Rohanna berkata demikian selepas Sidang Media Kes Saman Fitnah Kepada Netizen.
Ekoran daripada perkara tersebut, dia mengalami tekanan dan malu berada di khalayak ramai.
“Selepas membaca komen tersebut, saya sedih dan sangat tertekan dan ingin lari jauh daripada semua orang. Saya sangat malu. Tidak pernah seumur hidup orang menggelarkan saya begitu.
“Waktu itu saya tidak pergi kerja dan kalau boleh mahu mengelak daripada dunia luar.
“Dan komen itu pula datang daripada seseorang yang dikenali namun tidak pernah bertegur sapa membuatkan saya tertanya-tanya apa motif sebenar dia.
“Saya maafkan namun kesannya masih berbekas dalam hati. Sedikit pun tidak berkurang,” katanya dalam nada sebak.
Wanita berusia 32 tahun ini turut menegaskan tindakan yang diambil bukan bermotifkan dendam, sebaliknya hanya untuk memberi pengajaran.
“Memang agak terkejut individu tersebut menulis komen sebegitu di laman Instagram ibu saya. Ini melibatkan maruah keluarga, saya dan ibu terkesan dengan perbuatan tersebut.
“Ini pengajaran untuk netizen di luar sana supaya menggunakan media sebaik mungkin, bukannya menulis sesuatu yang negatif kepada individu lain. Kita tiada hak untuk berkata yang buruk mengenai orang lain.
“Saya dan ibu bersetuju menfailkan saman fitnah ini kerana melibatkan maruah kami sekeluarga.
“Kita memang tidak boleh menutup mulut semua tapi gunakanlah akal yang diberikan sebelum menulis komen. Fikirkan kesannya. Jadikan kes ini sebagai pengajaran, ia bukan bermotif dendam. Berhenti buli siber,” jelasnya kepada MH.
Sidang media Kes Saman Fitnah Kepada Netizen yang diadakan di Finas Petaling Jaya menyaksikan permohonan maaf secara terbuka daripada Izzatul Hairiyah Abdullah, seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab menulis komen seperti yang disebut.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memasuki enam tahun usia perkahwinan yang disambut pada Khamis, pelakon Nora Danish mendedikasikan satu ucapan khas buat suaminya, Nedim Nazri.
Menerusi laman Instagram miliknya, Nora atau nama sebenar, Nora Mohd Danish Haniff, 41, memuat naik komplikasi video momen-momen indah dan manis sepanjang perkahwinannya termasuk aksi berkucupan dengan suami.
“Yeppie Yanni Ver Seriiii hubs! Six years of marriage.
“Alhamdulillah, terima kasih Allah di atas pinjaman yang sangat berharga ini,” tulis Nora di ruangan kapsyen.
Nedim, 40, kemudian membalas ucapan tersebut dengan menghargai setiap tahun-tahun terindah yang telah dinikmatinya sepanjang hidup bersama Nora.
“Syukur Alhamdulillah sayang, six years and counting. Thank you for the wonderful years and more.
“Thank you everyone for the wish,” tulis Nedim.
Pasangan ini juga berkongsi yang mereka sempat menyambut detik ulang tahun perkahwinan dengan membeli street burger yang dijadikan sebagai makanan supper kedua-duanya.
“Our Ramadan anniversary in the car, saya belanja dia burger,” kata Nedim dalam video yang dikongsikan di InstaStory.
Untuk info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia lima tahun.
Nora dan Nedim turut memiliki anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Putra Rayqal Ramli, 14, dan Mohamed Nedrin, 12 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Iman Suhana atau nama sebenarnya, Norsuhana Maria Mohamad Wahid berkongsi wajah penuh anak perempuannya yang dilahirkan pada 22 Februari lalu.
Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di Instagram, pelakon Takdir Yang Tertulis itu turut mendedahkan nama anak keduanya ialah Muna Laiqa Muhammad Shazwan,
Dilahirkan secara normal, Iman turut bersyukur kerana proses bersalin dipermudahkan.
“Dilahirkan Secara Normal Seberat 2.7Kg,” – Iman Suhana Kongsi Wajah Bayi, Namanya Muna Laiqa
“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah. Perkenalkan ahli baru keluarga kecil kami, puteri kedua mummy daddy.
“Muna Laiqa Binti Muhammad Shazwan telah selamat dilahirkan pd 22/02/2022 (3.30pm) secara normal seberat 2.7kg. Harini Muna dah genap seminggu,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Serentak dengan perkongsian itu, para peminat dan rakan selebriti turut menitipkan ucapan tahniah serta menyatakan doa yang baik-baik buat iman sekeluarga.
Menerusi platform sama, dia turut berkongsikan foto kedua anaknya yang dirakam berdua.
Untuk rekod, Iman berkahwin dengan ahli perniagaan, Shazwan Ibrahim pada 16 Mac 2018 dan turut mempunyai seorang anak perempuan bernama Maya Inara yang kini mencecah usia empat tahun.
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, bakal memulakan tugasnya sebagai penyampai di stesen radio Era FM bermula Isnin depan.
Pengumuman...