Penyanyi, Lufya Omar mengakui berasa amat bersyukur kerana dikurniakan seorang bapa yang amat menitik beratkan mengenai ilmu agama terhadap anak-anaknya.
Menurut Lufya, sewaktu dia masih kecil bapanya merupakan seorang yang sangat tegas lebih-lebih lagi ketika mendidik anak-anaknya mengenai ilmu agama.
“Cerita ni agak sensitif tentang ayah Fya. Masa Fya kecil Fya selalu rasa tak dpt kasih sayang seorang bapa sebab walid saya tak pergi sekolah macam bapa lain ambil report card anak, saya dapat no 1 tapi dia tak datang ambik cuti untuk tengok anak dia terima hadiah d sekolah.
“Fya rasa walid tak syg pada anaknya.! Die tegas dan kata-kata yang keluar dari mulut dia bila jumpa kat rumah balik2 suruh jaga solat, ngaji, dan selalu jam 3-4 pagi die akan ketuk bilik saya dan mengaji depan pintu supaya fya bangun tahajud! Hahaha bengang betul time tu.
“Kalau kwn lelaki call rumah saya (time tu mana ada hp) dia akan cakap: auzubillahiminashaitoooooonirrajimmmmmmmmm) terus member letak talipon pastu saya jadi bahan ketawa kt sekolah!,” tulisnya.
Ads
Katanya lagi, setelah melayari bahtera perkahwinan, kini baru dia menyedari betapa besarnya pengorbanan bapanya itu sepanjang hidupnya selama ini.
Kisah tersebut dikongsikan oleh bintang kelahiran Akademi Fantasia musim ke-6 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
“Tapi bila fya meningkat dewasa dan melalui pengalaman hidup berumahtangga yang gagal, baru fya sedar yang bapa aku ni seorang bapa yang TERBAIK di dunia ni.. die besarkan kami dengan hasil titik peluh yang halal.
Ads
“Jam 5 pagi setiap hari die dah keluar ke pasar untuk menjual ayam. Kami dibesarkan semua cukup makan dan pakai. Sampai busuk-busuk kuku bapa fya. Hari Raya pun die akan keje sebab ramai org nak order ayam. Walid cukup rajin bekerja menampung keperluan keluarga. Duit die untuk anak-anak dia.
“Cukup makan, susu, pakaian baik, rumah sendiri, dan tak pernah meminta bantuan dari keluarga. Adik beradik fya semua belajar tinggi ada yang belajar sampai Jepun. Setiap kali puasa sehari die kasi Rm 10 untuk didik anak2 die berpuasa sebelum baligh,” jelasnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, ibu kepada seorang anak ini turut menambah, hasil didikan yang tidak berbelah bahagai oleh bapanya itu menjadikan dirinya seorang wanita yang tabah dan cekal.
Dikesempatan itu juga, Lufya turut membuat permohonan maaf sekiranya perbuatan dan kata-katanya sebelum ini pernah menyakiti hati bapanya itu.
“Rupanya fya baru sedar yang Walid didik kami kuat dgn agama supaya kami berjaya dunia dan akhirat. Die tak banyak cakap bukan die tak sayang tapi dia penat dan dia memang seorang yang tak pandai meluahkan kasih syg. Sebenarnya dia sangat syg pada anak-anaknya.
“Die bekerja keras dan rezeki die bertambah-tambah selepas tu. Dalam umur yg agak muda pun Walid dah retired dan ‘melepaskan’ dunia. Walid maafkan kakak kalau kakak nakal dulu tapi kakak janji sekarang kakak nak jadi anak yg paling berjaya dunia dan akhirat. Selamat Hari Bapa Walid. I love u,” akhirinya.
Sumber: Instagram Lufya Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski punya komitmen dengan kerja di luar kawasan, pelakon Datuk Fizz Fairuz masih sempat meluangkan masa bersama anak-anaknya dengan membancuh susu botol buat mereka.
Sekali gus, ia menjadikan isterinya, Datin Almy Nadia berasa senang hati apabila si bapa tidak melupakan tanggungjawab terhadap anak-anaknya.
“Kasih sayang seorang papa .. wlpn nak g work,hangkut semua ikut harini sbbnya dah berapa hari tak jumpa anak2 bini,mana taknya,papa keluar pagi g keja anak2 tak bgn tdoq lagi,balik anak2 dah lena.
“Jdi harini ada kesempatan wlpn sekejap hangkut semua.. wlpn mama tgh pening2 lalat.. layankan la anak beranak ni,” tulis Almy.
A post shared by Almy Nadia (@almynadiaofficial) on
Terdahulu, Fizz dan Almy yang mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 3, dan Nur Afirna Aurora, 2, Nur Afrina Ayra,1, serta anak angkat, Nur Afrina Darwisya, 9.
Foto : Instagram Almy Nadia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio, Muhammad Azmir Selamat atau lebih dikenali sebagai AG memaklumkan khabar gembira bahawa dia kembali menjalankan tugas sebagai penyampai radio di Hot FM, mulai hari ini.
Selain menjadi rakan penyampai kepada Fad Bocey, AG turut bakal bergandingan dengan bekas penyampai radio, Fara Fauzana atau lebih mesra dengan panggilan Fafau.
Menerusi entri di akaun Instagram, AG mengharapkan para peminat terus memberikan sokongan kepada gandingan trio terbaru ini.
“Secara rasminya hari ini saya akan keudara di Hot FM, itu kejutan yang pertama dan kejutan kedua kita ada orang ketiga iaitu saya, Fad dan Fara Fauzana.
“Teruskan beri sokongan kepada kami bertiga, InsyaAllah. Ingat ini adalah gabungan terbaru dan kami akan buatkan yang terbaik. Terima kasih banyak-banyak,” katanya.
Imbas kembali, AG dan Fafau sebelum ini pernah menjadi penyampai radio di Hot FM selama sepuluh tahun bermula pada tahun 2006 sehingga 2016.
Selepas itu, AG telah menyambung kariernya sebagai penyampai radio di Kool FM manakala Fafau telah membuat keputusan untuk berhenti kerana mahu berehat seketika daripada dunia penyiaran.
Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram AG, Fara Fauzana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terbaru penyanyi Elyana atau nama sebenar Erneelya Elyana Bintin Emrizal telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya berserta kapsyen;
“Jangan pernah menghina masa lalu seseorang. Kerana hujan yang jernih pun berawal dari awan yang hitam” tulisnya.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Kalis Rindu itu telah memberi nasihat kepada pengikutnya di Instagram untuk supaya tidak menghina masa lalu seseorang.
Lantas, kata kata yang telah ditulis oleh Elyana itu menjadi telah perhatian netizen.
Malah, peminat Elyana juga turut mendoakan Elyana untuk cekal dan tabah dalam menghadapi ujian hidup.
Terdahulu, Elyana pernah mengejutkan rakyat Malaysia apabila dia pernah memaklumkan dia menghidap penyakit kanser limfoma tahap 4.
Foto : Instagram Elyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!