Pelakon Abby Abadi meminta menantunya, Ahmad Aslam, untuk memperincikan permohonan maaf secara peribadi yang dikatakan pernah dibuat kepadanya sebelum ini.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Rahman, 48, menjelaskan sepanjang tempoh lebih setahun Aslam berkahwin dengan anak perempuannya iaitu Marissa Dania, lelaki itu tidak pernah bersemuka dengannya untuk memohon maaf secara langsung.

“Bila minta maaf tu Aslam? Dah alang-alang update dekat Thread ini, cuba terangkan dekat sini masa dan keadaan semasa minta maaf tu macam mana?

“Ada apa-apa yang keluar tak dari mulut saya waktu tu? Berapa lama sudah berkahwin dengan anak saya?

“Berapa kali sudah datang jumpa saya? Ada pernah bersembang dengan saya tak?,” luahnya menerusi aplikasi Threads, pada Khamis.

Minta Kongsi Lebih Lanjut

Abby pada masa sama turut meminta menantunya itu agar berkongsi perkara berkenaan kepada umum memandangkan ramai juga ingin mengetahui kesalahan yang pernah dilakukan secara terperinci.

Malah pelakon Gerak Khas itu mempersoalkan Aslam yang tidak pernah mempertahankan Marissa apabila diserang netizen.

Ads

“Bila Minta Maaf Itu Aslam? Sudah Alang-Alang Update, Cuba Terangkan…,” – Abby Abadi

“Mengaku bersalah dekat Thread ini, tapi apa kesalahannya? Buleh tahu? Minta cerita semua dekat sinilah sebab semua orang nak tahu ni.

“Akhir sekali nak tanya, orang maki hamun anak saya, kenapa tak pernah pertahankan?,” kongsinya lagi.

Terdahulu Asalam tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Abby menerusi hantaran di Thread.

Ads

Antara lain jelas Aslam, 26, dia pernah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Abby namun dia memahami ibu mentuanya itu mahu dia melakukannya secara terbuka.

Pada Selasa lalu, Abby meluahkan rasa hairan apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu Marissa, 20, iaitu Umisya Mazlan.

Bagaimanapun Abby mempersoalkan permintaan itu sebaliknya meminta menantunya Aslam perlu datang memohon maaf kepadanya.

Abby juga memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menekan-nekan dirinya sehingga memaksa dia untuk bersuara.

Ads

Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.

Aslam dan Umisya pula mendirikan rumah tangga pada Julai 2020.

Pasangan ini pernah bercerai pada September 2023 sebelum kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.

Hasil perkahwinan tersebut, Aslam dan Umisya dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Hud, 4, Nuh, 3 dan seorang bayi perempuan yang kini berusia dua bulan.

Manakala Marissa sebelum ini pernah kematian anak sulung mereka susulan bersalin awal (6 bulan).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI