Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim meluahkan rasa apabila sering diajukan soalan mengenai rezeki menimang cahaya mata.
Kongsi Azrinaz, soalan tersebut mungkin agak sensitif bagi sesetengah pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga, namun masih belum dikurniakan cahaya mata lagi.
“Soalan lazim ditanya selepas kahwin: Anak .
“Ingin saya kongsikan tentang kewajaran sikap masyarakat kita yg gemar mengajukan soalan berbaur keperibadian kpd pasangan yg baru berumahtangga mahupun sudah lama berkahwin.
“Antara soalan yang sering didengar: Dah ada isi ke belum? Tak nak anak ke? Bila nak ada baby? Tak jumpa doc pakar ke?
“Dizaman millenial ini, soalan berbentuk family planning ada baiknya dibiarkan sahaja kepada pasangan terbabit untuk menentukan corak masa depan mereka. Kerana saya yakin, suami isteri itu sendiri lebih mahir memilih keutamaan mereka
“Setiap al tentang anak akan membawa persepsi kegagalan si isteri atau suami menghasilkan benih atau dengan kata lain ‘mandul’.
“Umum mengetahui saya telahpun mempunyai anak, maka selagi saya belum hamil, masyarakat akan melemparkan tanggapan negatif terhadap pasangan saya kononnya suami gagal memberikan zuriat.
“Bukankah cahaya mata itu datangnya dari Ilahi?,” luah Azrinaz.
Dalam pada itu, bekas personaliti televisyen ini juga turut berkongsi pengalamannya apabila diajukan soalan sedemikian.
“Saya kongsikan dua insiden yg kami pernah alami:-
“Seorg makcik saudara yg baru kenali menerpa lantas memegang perut sambil berkata “mesti kena ada anak”.
“Sedangkan pada ketika itu saya sudahpun hamil 6 bulan cuma belum diketahui umum.
“Tindakannya itu membuatkan saya tergamam kerana penggunaan perkataan ‘mesti’ seolah2 wajib/peraturan hidup? Saya hanya membalas dengan senyuman.
“Suami menghadiri majlis baby shower selebriti terkenal. Si artist perempuan ini tanpa segan silu memberikan kata sinis ‘hang bila lagi?’ dengan mimik muka spt dirinya berjaya krn bakal melahirkan anak kedua kelak.
“Suami hanya menjawab doakan kami, sedangkan saya sudah disahkan hamil. Terlintas difikiran saya, apa perasaan sekiranya insiden2 ini terjadi kepada pasangan yg sedang bertarung nyawa dengan masalah kesihatan seperti kanser, penyakit kronic, kesempitan wang, yg belum bersedia, tuntutan komitment kerja mahupun kpd pasangan yg sedang sedaya upaya berusaha.
“Tindakan mereka seolah2 tidak peka krn saya percaya, tidak semua masalah perlu dikongsikan tanpa perlu campur tangan pihak luar,” kongsi Azrinaz panjang lebar.
Baginya, rezeki zuriat adalah urusan Yang Maha Esa.
Sebagai manusia, hanya perlu berusaha dan berdoa.
“Pokoknya, sebelum bertanya kenapa dan mengapa? Adalah lebih baik kita selami soalan itu utk mengekalkan manis dan adab, kerana zuriat adalah kerja Tuhan,” tegas Azrinaz.
Dalam perkembangan lain, Azrinaz kini sarat hamil lapan bulan selepas mendirikan rumah tangga dengan Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018 dalam sebuah majlis di kediamannya.
Foto: Instagram Azrinaz