Baru-baru ini, pelakon Emma Maembong ada berkongsi sekeping gambar menerusi akaun Instagran miliknya.
“selamat berbuka semua, my air fav yumm, sapa suka air? Kita geng #emanizers #emmamaembong@emanizers”tulisnya.
Menariknya, ruangan komen pada gambar tersebut telah disapa pelakon yang juga kawan baik Emma, Alvin Chong.
“Bila nk berbuka ngan saya?” tulis Alvin.
Lantas, perkongsian pelakon berusia 27 tahun itu mendapat perhatian daripada peminatnya.
Rata-rata peminat berasa cemburu melihat gelagat pasangan itu dan ramai yang mahu berbuka puasa bersama-sama Emma dan Alvin sekali.
Foto : Instagram Emma Maembong