Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mendedahkan dia tidak tahu menahu mengenai video tular di platform TikTok yang merakamkan kehadiran bekas suaminya, Aliff Aziz ke salah satu masjid di Singapura, baru-baru ini.
Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah,30, bagaimanapun mendoakan yang baik-baik.
“Saya tidak tahu mengenai hantaran yang tular di TikTok sebagaimana yang diperkatakan. Kalau boleh, saya tidak mahu untuk komen lebih lanjut.
“Sebab itu adalah perjalanan hidupnya. Lagipun kita tak tahu apa niat sebenar seseorang itu. Kalau betul, Alhamdulillah.
“Dan sekiranya dia mahu berubah ke arah yang lebih baik pun, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik saja,” katanya.
Bella berkata demikian ketika ditemui pada majlis Sidang Media Konsert Jiwa Malaysia 2024 yang diadakan di Pavilion Bukit Jalil, pada Khamis.
Menerusi konsert tersebut Bella akan membuat persembahan bersama barisan artis lain seperti Hujan, Bunkface, Spider, Ruffedge, Insomniacks dan Dolla pada 7 September depan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.
Sebelum ini, tular sebuah video memperlihatkan Aliff Aziz dilihat bersama-sama dengan sekumpulan tabligh baru-baru ini.
Menerusi sepotong video yang dikongsikan oleh Ustaz Haji Taufik di TikTok itu, Aliff yang dilihat mengenakan serban putih dan dipercayai berada di salah sebuah masjid di Singapura.
Menerusi perkongsian sama, Ustaz Haji Taufik turut meninggalkan pesan agar orang ramai tidak mudah meletakkan hukum sesama manusia.
Untuk rekod, Aliff pernah mengikuti jemaah tabligh sekitar Ogos 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nama pelakon, Natasha Hudson menjadi buah mulut ramai sejak petang semalam selepas tampil menggayakan busana rona putih rekaan Rizman Ruzaini yang seolah-olah menampakkan sebahagian bahu bahagian kanannya dalam sebuah acara.
Sehinggakan, ada yang meyifatkan persalinan anggun yang digayakan bintang cantik itu di sidang media pelancaran produk Crystal C White di Menara KL itu tidak berapa sesuai dengan imejnya yang bertudung.
“Busana ini disediakan pengasas produk ini, Datin Reena Zach. Ia berlapik kain berwarna kulit (nude) sebenarnya. Saya hanya mengikut tema majlis saja yang turut ada unsur glam.
“Saya pun sebenarnya bukan memakai gaun sebegini sepanjang masa. Saya hanya memakainya saja dan tak rasa ia keterlaluan. Saya pun tak ada masalah dengan gaun itu.
“Saya tak salahkan sesiapa dan tak ambil peduli hal orang. Mereka nak cakap apa … lantaklah,” katanya.
Bagaimanapun, menurut ibu tunggal kepada tiga anak ini, dia sebenarnya mempunyai pilihan busana lain.
“Ada baju lain yang labuh kainnya dan tak sesuai untuk bergerak. Gaun yang saya pakai ini lebih memudahkan saya dan lebih santai.
“Cuma biasalah mata netizen yang akan melihat sudut menampakkan bahu itu sebagai hal besar. Saya harap tak perlulah diperbesarkan perkara itu lagi,” katanya.
Berkongsi mengenai perkembangan kerjayanya sekarang, Natasha memberitahu dia sepatutnya membintangi sebuah filem dari Indonesia tahun lalu. Namun projek tersebut terpaksa ditanggungkan atas kekangan semasa.
“Saya sempat ke Indonesia membina rangkaian semula di sana. Penggambaran filem itu sepatutnya dilakukan di Semporna, Sabah. Tapi kerana masalah pandemik ia terbantut.
“Harapnya 2021 akan memberi tuah kepada saya dalam soal kerjaya seni,” katanya.
Dilantik sebagai duta bagi produk tersebut, Natasha menzahirkan rasa syukur atas kepercayaan yang diberikan sebagai wajah wakilan produk suplemen kulit berkenaan.
“Saya sendiri sudah berbelas tahun rapat dengan orang kuat produk ini (Datin Reena). Jadi ia memudahkan kerjasama ini.
“Produk ini juga membangun dengan pantas dan membantu ramai menjana pendapatan. Kita tahu ramai terkesan di musim pandemik ini,” katanya.
Pada majlis sama, pelakon Keith Foo turut diumumkan sebagai duta.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas empat tahun memenangi hati penonton dengan siri Ejen Ali, Primeworks Studios dan WAU Animation mengumumkan bakal membawa karakter animasi itu ke layar perak pada penghujung tahun hadapan.
Tampil dengan idea yang lebih segar, ini antara sebab mengapa Ejen Ali merupakan filem animasi tempatan yang ditunggu-tunggu menjelang tahun 2019;
Iris Baru Diperkenal
Seperti semua sedia maklum, I.R.I.S atau Infinity Retinal Intelligence System merupakan identiti atau kuasa yang dikurniakan kepada Ejen Ali. Menurut pengarah filem yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid, kebolehan IRIS akan dipertingkatkan kerana Ejen Ali dikhabarkan bakal melawan musuh yang belum pernah dijumpainya di dalam siri sebelum ini.
2. Watak Antagonis Misteri
Menerusi filem Ejen Ali, watak antagonis baru akan diperkenalkan tetapi kali ini Ali dikhabarkan terperangkap dengan permainan emosi. Ini kerana, watak antagonis tersebut diceritakan hadir daripada masa silam ejen tersebut. Jadi, bagaimanakah Ali ingin keluar daripada masalah tersebut? Kita tunggu dan lihat hasilnya nanti.
3. Ahli M.A.T.A Yang Baru
Selain daripada watak Ali, Alicia, Bakar dan Rizwan, pengarah akan memperkenalkan beberapa lagi ejen baru untuk memperkuatkan M.A.T.A. Mereka dilaporkan akan membantu Ali dan ejen-ejen lain untuk menentang musuh di dalam filem Ejen Ali nanti.
4. Penghasilan gedjet baru
Menurut Usamah lagi, menerusi filem ini, beberapa gadjet baru seperti kenderaan, senjata dan alat berteknologi tinggi akan diwujudkan. Ia sejajar dengan kemajuan penduduk di Cyberaya. Gadjet-gadjet ini dikhabarkan lebih canggih dan hebat berbanding dengan perkakasan sebelum ini.
5. Tarik Perhatian Golongan Dewasa
Jika kebanyakkan filem animasi tempatan hanya tertumpu kepada golongan kanak-kanak, filem Ejen Ali ini dikatakan turut mampu untuk menarik perhatian golongan dewasa. Ini disebabkan jalan cerita atau bahan jenaka yang digunakan dilihat dekat dengan hati setiap rakyat Malaysia. Jadi, golongan dewasa pun tiada masalah untuk menonton filem ini.
Nampak macam menarik bukan? Rasa-rasanya MH pun dah tak sabar nak nantikan filem sulung Ejen Ali ni. Mesti gempak!
Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
RPM Beri Amaran: Henti Jual Rakaman Haram Konsert Wings!
Pengarah Urusan Rumah Produksi Merah (RPM), Datuk Eddy Amir Salim, memberi amaran keras kepada pihak tidak...