Pelakon dan usahawan, Datuk Hans Isaac ada menitipkan ucapan istimewa bersempena dengan hari lahir rakan artis, Zizan Razak yang ke-37 baru-baru ini.
Dikesempatan itu juga, Hans turut dilihat mengimbau semula detik-detik awalnya ketika bertemu dengan Zizan sewaktu dia menjadi pelakon tambahan dalam sebuah drama yang dibintanginya.
Jelas Hans, dia berasa amat berbangga melihat pencapaian yang telah diraih Zizan sepanjang bergelar anak seni.
“Happy Birthday to my bro @zizanrazak869. Masih ingat masa kat Terengganu dulu masa bro jadi extra untuk drama yang saya lakon.
“Saya bangga dengan success bro selama ni. You have come so far and happy for all your success. U deserve it bro,” tulisnya.
Ucapan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Baik Punya Cilok itu menerusi entri terkininya di laman Instagram.
Dalam pada itu, Hans juga dilihat sempat mengusik Zizan dengan bertanyakan mengenai soal jodoh.
Katanya lagi, dia berharap agar Zizan tidak mengikut jejak langkahnya yang sehingga kini masih belum mendirikan rumah tangga
“Hanya satu soalan aja saya ada pada bro ……BILA NAK KAHWIN? Jangan lambat macam saya ni bro. Boring duk rumah dgn GF aja ni.
“Eh eh eh ….. GF tu … GOOD FRIEND lah bro jangan ingat lain lain! Hahahhaa. Happy birthday brother,” selorohnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat terhibur melihat telatah dua rakan selebriti ini selain turut menitipkan doa agar kedua-duanya segera dipertemukan jodoh.
Sumber: Instagram Hans Isaac