Patah hati apabila hari-harinya dihujani kata-kata kecaman.

Lebih teruk, ada yang mempersoal mengapa dia masih belum mati. 

Elyana bagaimanapun mengulas, sebagai manusia biasa, dia cukup sedih dan tertanya-tanya apa salahnya.

Saya manusia biasa. Kalau setiap hari orang kecam dan tanya bila nak mati, apa yang korang rasa?  Apa saya buat salah dalam kehidupan ni sampai semua nak tengok saya mati?

“Lagi-lagi saya tengah sakit, bila dapat kata-kata macam tu, memang otak akan jadi negatif.

Tapi sekarang ni saya dah tak hairan apa orang nak cakap sebab saya tahu, dunia ini berputar. Kita balas tak akan sama dengan Allah balas,” katanya kepada MH.

Ads

Baru sahaja melakukan rawatan radioterapi awal tahun itu apabila sel kanser telah melanggar tulang belakang.

Tidak mampu berjalan untuk beberapa ketika dan hanya menggunakan kerusi roda untuk bergerak, jelas Elyana pada mulanya dia menyangka ia adalah slip disc.

Selepas buat radioterapi baru keadaan saya pulih kembali. Sebab itu saya mahu langsaikan konsert ini secepat mungkin.

Ads

Bila saya sakit ni, apa yang saya terfikir saya akan terus buat. Jangan terlambat. Ini kebahagiaan saya, kenapa saya taknak buat?

Takkan saya asyik nak ulang alik ke hospital. Duduk rumah, itu bukan hidup saya. Saya menyanyi daripada tingkatan satu. Ini hidup saya.

Inilah memori sepanjang 19 tahun saya dalam industri. InsyaAllah anak boleh tengok nanti kalau dia rindu. Siapa sahaja yang rindukan saya boleh tengok nanti.

Ads

“Saya tengah sakit. Kalau saya tunda apa yang saya nak, mungkin cita-cita saya tak kesampaian,” ulasnya yang terpaksa menangguhkan rawatan kimoterapi gara-gara mahu mendahulukan konsert ini.”

19 tahun mengabdikan diri dalam dunia seni, Konsert ‘Elyana “Jadi Diriku” Live In Concert’ adalah sempena usaha mengumpul dana untuk diagihkan kepada pesakit kanser yang memerlukan bantuan.

Sumbangan akan melalui Majlis Kanser Nasional (MAKNA) selaku rakan penerima manfaat.

Konsert akan diadakan pada 6 Julai 2019 bermula jam 8.30 malam di Bentley Music Auditorium, Damansara.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI