Mengimbau kembali detik cemas yang berlaku kira-kira setahun lalu, pengacara Iesya Toh berkongsi perkembangan terkini anaknya, Harraz Daiyan yang melecur akibat air panas.
Jelasnya, ia memberikan banyak pengajaran buat dirinya serta suami agar lebih berhati-hati di masa hadapan.
Tambahnya lagi, memang lumrah anak sedang membesar punya sifat ingin tahu, namun ibu bapa harus peka.
“Setahun lepas, nightmare, bile pak sheikh melecur air panas.. Tak pernah lupa apa yg jadi hari tu. Pengajaran dari Allah utk kami lebih berhati2.
“Anak2 nak membesar mmg sgt cepat tangannya.. die mencuba n ingin tahu.
“Parents xboleh leka. Jgn sesekali letak benda yg boleh mendtgkan bahaya buat mereka! Hari ni pak sheikh mmg faham maksud HOT / PANAS! Dgn adik die, @hafiya_daisha pun die jaga!
“Alhamdulilah hari ni semakin hilang dah bekas tu. Doc kata amek masa 2-3tahun jugak. Alhamdulilah terima kasih pada semua yg Kirim kan mcm2 lotion, cream, air buat @harraz_daiyan time tu. Moga Allah mewahkan rezeki anda semua. Aamiin,” tulisnya.
Perkongsiannya turut mendapat reaksi netizen.
Sekadar imbasan, anak sulungnya, Harraz Daiyan disahkan melecur pada tahap ‘second degree burn’ selepas terkena air panas di rumahnya.
Foto : Instagram Iesya Toh
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI