Pemberian duit raya sudah menjadi tradisi tiap kali menyambut Aidilfitri.
Lalu kanak-kanak pastinya menjadi golongan paling gembira kerana masing-masing sudah boleh bayangkan mereka akan mendapat duit raya dari mereka yang sudah dewasa atau punya pendapatan sendiri.
Bagaimanapun baru-baru ini, pelakon Ummi Nazeera ada memuat naik satu video menerusi akaun Instagram miliknya.
“Bila paksa suami bagi duit raya . dia bagi sampul duit raya kosong. @izzar,” tulisnya ringkas.
View this post on InstagramBila paksa suami bagi duit raya . dia bagi sampul duit raya kosong. @izzar 🙄😂
A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on
Lalu menerusi video gurau berkenaan, peminat dilihat terhibur dengan gelagat suami isteri itu.
Rata-rata peminat memuji pasangan suami isteri ini yang kelihatan ‘sporting’ dan romantik.
Sama cantik sama padan, Ummi telah mendirikan rumah tangga bersama dengan suaminya, Dr Mohd Izzar Anwari pada 23 Julai 2017.
Pasangan ini telah pun dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ayra Aneesah pada 22 Ogos tahun lalu.
View this post on InstagramFinallllyyyy a proper photo of me @izzar and @ayra.aneesah lol . Walaupun Ayra tak tengok depan . 🙄
A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on
Video : Instagram Ummi Nazeera
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Selalu Sibuk Hujung Minggu,” – Hadir Tonton GV9, Shila Amzah Teruja Syukur Bapa Tunai Janji
Penyanyi, Shila Amzah akui gembira dengan sokongan yang ditunjukkan oleh kedua ibu bapanya Datuk ND Lala dan Datin Fauziah Sarman yang hadir ke Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) malam tadi.
Ia secara tidak langsung telah menepis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan rumah tangga ND Lala bersama isteri kini sedang bergolak dan hubungannya bersama Shila juga kurang baik.
Menurut Shila, bapanya yang juga merupakan penyanyi senior itu sememangnya sudah berjanji untuk hadir menonton persembahannya di diperingkat separuh akhir dan final GV9.
“Kehadiran kedua ibu bapa saya ini juga merupakan satu kejutan buat anda semua. Kita memang dah rancang sebegitu. Bapa saya selalu sibuk bila hujung minggu.
“Saya sangat gembira untuk melihat bapa saya di sini malam ini. Dia memang sudah berjanji akan datang pada konsert separuh akhir dan final,” katanya kepada MH usai konsert separuh akhir GV9 yang berlangsung pada Ahad.
ND Lala dan isteri turut ditemani oleh seorang lagi anak perempuan mereka yang juga merupakan penyanyi, Syada Amzah.
Malah, mereka sekeluarga turut diperkenalkan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sewaktu di awal konsert.
Sekitar Mac lalu, khabar angin yang mengatakan rumah tangga ND Lala dan isteri sedang goyah nyata bertiup kencang sehingga ada yang mendakwa mereka telah bercerai.
Namun, menerusi beberapa laporan media, Shila telah tampil menafikan segala dakwaan tersebut.
Bagaimanapun, Shila mengakui ibu bapanya itu sedang mengharungi satu fasa yang agak sukar selepas hampir 33 tahun mendirikan rumah tangga.
Terdahulu, Shila telah menepati ramalan apabila berjaya mara ke konsert akhir GV9 yang bakal berlangsung pada Ahad ini.
Pada konsert malam tadi, Shila telah membawakan lagu Sang Dewi nyanyian asal Titi DJ dan sebuah lagi lagu duet bersama Jaclyn Victor iaitu Sampai Bila (Misha Omar).
Dua persembahan memukau itu memboleh Shila berada ditempatkan kedua di belakang Jaclyn dengan markah 79.20%.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penyanyi Glenn Fredly Meninggal Dunia
Penyanyi terkenal Indonesia, Glenn Fredly dilaporkan telah meninggal dunia pada Rabu, memetik Liputan 6.
Difahamkan, berita kematian bintang berkenaan disampaikan penyanyi Tompi yang juga sahabat penyanyi itu menerusi aplikasi WhatsApp kepada laman berkenaan.
“Telah berpulang saudara kami, Glenn Fredly, malam ini. Mhn dimaafkan semua salahnya. Dia yg selalu hadir menggerakkan kita semua,” tulis Tompi.
Glenn Fredly meninggal dunia di RS Setia Mitra kira-kira jam 6.00 petang waktu tempatan.
Glenn menghembuskan nafas terakhirnya pada di usianya yang ke-44 tahun.
Sumber: Liputan6
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hari Ini Terbukti Penuh Dalam Masjid, Datang Nak Tengok Arwah,” – Ali Sifatkan Abang Anak Yang Baik, Abam Bocey Dimuliakan Di Akhir Hayatnya…
“Hari ini saya diuji, abang saya pula pergi mengadap Illahi.” Luahan reda bercampur emosi itu diluahkan Ali Puteh yang juga adik kepada pelawak terkenal, Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan, yang meninggal dunia awal pagi tadi.
Dipetik menerusi IG TV Awani, Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan bagaimanapun percaya dengan segala perancangan Yang Maha Esa dan perlu tenang berdepan dengan dugaan.
“Saya tak mampu sebenarnya untuk tahan benda ni sampai kadang-kadang saya termenung fikirkan nasib hidup. Tapi saya percaya dengan qada dan qadar, perancanganNya yang sangat hebat.
“Macam mana pun saya kena tenang, kena tahan, kena segala-galanya. Cuma selepas ini tiada lagi istilah abang dalam hidup saya.
“Saya dalam industri ini akan bertanya dengan dia, tetapi selepas ini tak ada abang saya dah dalam industri. Saya kena bergerak sendiri untuk terus berada dalam industri,” jelasnya.
Ditanya mengenai apakah hasrat yang ingin dilakukan bersama Abam, Ali menambah sepatutnya mereka bekerjasama di dalam sebuah program masakan dan merancang untuk mulakan penggambaran selepas Syawal.
“Sebenarnya saya ada perancangan menerusi sebuah program bersama arwah. Kita rancang selepas raya akan mulakan penggambaran, sebuah rancangan masakan. Tapi tidak kesampaian. Satu kerjasama dengannya balik, tapi benda itu tidak akan jadi.
“Kalau saya diberi peluang pun saya tak mahu buat sebabnya saya yang merancang bersamanya. Tiada yang boleh gantikan dia dalam hidup saya,” kata Ali yang turut akui pada fasa ini, dia sekeluarga perlu tenangkan ibu tercinta.
“Saya perlu tenteramkan mak kerana dalam keadaan sekarang dia pun masih sakit, masih tidak sihat. Saya tidak tahu apa yang akan jadi selepas ini, tetapi saya akan jaga mak saya macam mana dia jaga. Arwah anak yang baik.
“Kalau tengok hari ni ramai yang datang. Saya tahu ramai yang sayang dia. Macam yang dia pernah cakap pada saya, kalau kita baik Ali semua orang sayang kita. Tak pernah dia bergaduh dengan siapa-siapa, tak pernah susahkan orang.
“Hari ini terbukti penuh dalam masjid ni, datang nak tengok dia. Itu yang saya tahu dia sangat hebat dalam hidup saya,” tutur Ali dalam nada sebak.
Terdahulu, Allahyarham Abam meninggalkan seorang balu, Siti Nur Hidayah Mohd Ali, 28, dan anak lelaki mereka Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini mencecah usia 5 bulan.
Menurut Awani, arwah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada pagi Isnin, sebelum jenazahnya dihantar ke Hospital Selayang bagi proses bedah siasat.
Jenazahnya kemudian dibawa ke Masjid Zakaria, Gombak kira-kira jam 5.30 petang dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu sekitar jam pukul 7.30 malam.
Foto/Sumber: Awani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI