Tidak dinafikan, bukan mudah mengendalikan anak kecil yang meragam, lebih-lebih lagi pada waktu pagi.
Lalu pelakon Faralyna Idris menerusi posting terkininya turut mengakui mood ibu juga akan berubah sekiranya tidak bijak mengawal keadaan.
Tulisnya lagi, apa yang perlu dilakukan adalah ambil masa sebentar untuk kosongkan kepala dan secara automatik, rasa syukur akan menjelma dalam diri.
“Today Ayu pagi-pagi dah cranky. 2 kali menyusu before mandi and morning nap. Bgn from nap pon cranky juga. Bila pepagi anak merengek, kita automatically akan rasa moody juga. But you know what we can do?
“Calm yourself down by just sit down and look at your babies, kosongkan kepala for a min or 2.. relax.
“Rasa syukur yang amat besar akan hadir dlm hati and akan buat kepala rasa sgt sgt sgt ringan. It helps you to handle your cranky babies better.
“Pastu kita pon akan more relax and terus rasa hari ini akan jadi hari yang indah!
Ibu bapa yang bijak akan mengawal keadaan dan bukannya membiarkan bayi kecil menguasai dan mempengaruhi hari-harimu.
Foto : Instagram Faralyna Idris