Pelakon Puteri Sarah Liyana percaya segala hal yang baik di dunia ini hanya akan dapat dicapai sekiranya seseorang itu mempunyai hati yang bersih.
Menurut Puteri Sarah, walaupun ditimpa ujian besar, kita hendaklah sentiasa percaya dengan segala perancangan Allah SWT.
“Percayalah, ketika kamu selalu berpikir positif, tenang dan selalu berprasangka baik terhadap Allah maka hal-hal baik akan datang dengan sendirinya ke dalam hidupmu, tanpa kamu minta,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Katanya lagi, bila hati sentiasa reda, kita akan akan lebih mudah mengecap kebahagiaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan tersebut selain turut memuji Puteri Sarah sebagai seorang ibu yang kuat.
“Bila Sarah kuat, anak pun akan automatik jadi lebih kuat juga sebab anak akan sentiada berharap dengan mak.
“Tiba-tiba rasa sayu tengok posting ini. Dengan apa yang jadi sekarang, semoga Puteri Sarah sentiasa kuat dalam melayari hari-hari mendatang dengan kasih sayangnya bersama anak-anak.
“Betul! Saya percaya, bila orang buat kita, tak payah bersusah membalas. Biar Allah yang balas dan sekarang terbukti.
“Betul sayang. Jika kita selalu dengan sangkaan baik kepada Allah, segala yang datang akan sentiasa lancar sahaja,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, Sarah kini sedang menjaga anak perempuannya Summayah yang kini sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan.
Rata-rata netizen turut mendoakan agar Sumayyah lekas sembuh seperti sedia kala.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber: Instagram Puteri Sarah