“Bila Puasa Air Ketuban Boleh Berkurangan,” – Kongsi Bayi Dalam Perut ‘Mengeras’, Hanis Zalikha Kongsi Pengalaman

Share

Bagi setiap ibu yang hamil pasti akan merasai perasaan yang sangat mendebarkan jika ada perkara yang tidak diingini berlaku semasa mengandung.

Mungkin itulah situasi yang dihadapi pelakon Hanis Zalikha, baru-baru ini.

Hanis atau nama sebenar Hanis Zalikha Zainal Rashid kini sedang hamil anak kedua yang sudah mencecah usia 7 bulan.

Pelakon drama rantaian Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa itu ada berkongsi berita yang mendebarkan bersama peminatnya di akaun Instagram miliknya.

“Masuk trimester ketiga, waktu bulan puasa. Maknya jenis okay berpuasa. Tak lapar tak dahaga. Tapi hari kedua tu, lepas solat Asar, baby mengeras. Pastu dia diammm je. Baby yang kali ni dahlah sangat responsive, kalau kita letak tangan dia akan high five atau tendang.

“Tapi masa petang tu kita geletek dia, Daddy dia panggil dia, semua dia taknak respon. Omg nervous. Terus Daddy dia suruh buka puasa minum air dan makan. Dah teguk susu kurma, makan cekelat biskut semua (kemain Maknya), dan dan tu juga baby tendang kuat gila.

“Aigo, Daddy dia pun kata “ala kesian, ngadu dekat Daddy ya”. Pastu semalam doktor tanya puasa ke tak. Kita jawab tak, doktor kata okay good, some people are really sensitive, bila puasa pun air ketuban boleh berkurangan.

“Jaga kiraan tendangan je sekarang. Kita tau time2 baby kita aktif, jadi cuma kena peka. Kiraan tendangan tu bukan interval yang tepat sama setiap orang. Ia cuma bantu kita alert waktu aktif baby kita.

“Doakan keselamatan dan kesihatan kami ya! So untuk kes-kes ibu seperti kita, swipe left untuk sumber dari zakat.com.my tentang fidyah & qada.”tulisnya.

Di samping itu, pelakon berusia 28 tahun itu berkongsi info mengenai fidyah dan qada bagi ibu yang mengandung di bulan ramadan.

Dalam pada itu, peminat turut mendoakan kesejahteraan buat Hanis sekeluarga.

MH juga turut mendoakan semoga Hanis dan bayi yang dikandungkan dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Terdahulu, Hanis telah mendirikan rumah tangga bersama Hairul Azreen pada 5 Jun 2015 di Bukit Jelutong dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Yusof Iskandar pada 3 Jun 2016.

Foto : Instagram Hanis Zalikha & Hairul Azreen

Published by
Nazar Rafiqhi