Kecoh apabila satu keratan video menunjukkan seorang individu lelaki yang dipercayai seorang pelawak telah bertindak kasar terhadap seorang pengawal keselamatan.

Difahamkan, insiden tersebut berlaku apabila individu itu dikatakan ada menumbuk dan menendang pengawal keselamatan berusia 60-an.

Bagai terpalit, Lan Solo menerusi laman Instagram menegaskan individu yang terlibat bukan dirinya.

“Lan lain la huii. Ramai pulak DM pasal kes terajang. Bila pulak LS terajang orang ni?,” tanya Lan ringkas.

Ads

“Hadoi kelako lahhh.. dah2 pi tido! .
LS pon dah setel kojo.. tak larat nak berTERAJANG dengan komen/DM yg masuk dah? .
Gudnite semua.”

Ads

Bagaimanapun, ada netizen yang meninggalkan komen kes ‘tersilap orang’ pernah terjadi.

Misalnya, gara-gara seorang yang bernama Alif buat fasal, semua Alif terlibat sama dan kerana nama Lan seperti yang didakwa netizen, Lan Solo turut terkena tempiasnya.

Ads

“Bila Pulak Terajang Orang Ni?” – Terima Mesej, Lan Solo Bersuara Kes ‘Tumbuk Terajang’ Pengawal Keselamatan “Bila Pulak Terajang Orang Ni?” – Terima Mesej, Lan Solo Bersuara Kes ‘Tumbuk Terajang’ Pengawal Keselamatan

Ada baiknya kita jangan main serkap jarang. Sebaiknya tunggu sahaja kenyataan daripada pihak berkuasa.

Foto – Instagram Lan Solo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI