Uncategorized

Bila Rakan Artis Nyanyi Lagu Menahan Rindu, Versi Mana Paling Best?

Share

Tidak dinafikan, lagu Menahan Rindu nyanyian pendatang baru, Wany Hasrita telah mencipta fenomena tersendiri, lebih-lebih lagi pada peringkat awal lagi tersebut dilancarkan. Rata-rata pencinta muzik memuji lagu tersebut. MH cuba recap kembali beberapa versi Menahan Rindu nyanyian barisan selebiriti popular hanya sekadar hiburan semata-mata. Agaknya mana satu yang jadi pilihan korang?

Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Penyanyi Nombor Satu Negara ini cukup sporting melayan permintaan rakan media apabila menyanyikan lagu tersebut secara spontan ketika majlis pelancaran album terbarunya Mei lalu. Meski pada peringkat awal diva ini merendah diri kerana kurang mendengar lagu tersebut, namun Siti nyata profesional apabila berjaya membawa lagu tersebut dengan cukup baik. MH salute Mak Iti. Sehingga kini, video tersebut sudah pun ditonton hampir 600,000 kali di FB kami!

 

Elly Mazlien

Penyanyi Elly Mazlien juga memberi lenggok tersendiri ketika diminta untuk menyanyikan lagu berkenaan. Mengakui gemarkan lagu tersebut kerana liriknya yang puitis,penyanyi asal Perak itu nyata positif dan menyahut cabaran MH untuk nyanyikan lagu Menahan Rindu bahagian chorus dengan caranya sendiri. Memang best! Video yang dimuat naik penghujung April lalu itu sudah pun ditonton lebih 200,00 kali dengan lebih 1000 perkongsian!

Dayang Nurfaizah

Seperti biasa, penyanyi yang kini sinonim menerusi lagu Separuh Mati Ku Bercinta ini memberi persembahan meyakinkan meski pada awalnya Dayang agak ragu-ragu untuk menyanyikan sedikit lagu Menahan Rindu kerana kurang pendedahan terhadap lagu berkenaan. Bagaimanapun, setelah beberapa ketika menghafal bait-bait lirik dan melodi, Dayang nyata hebat!

 

Bonus!

Nah, selepas Dayang menyanyikan lagu Menahan Rindu dengan cara tersendiri, MH mendapatkan Wani untuk ‘balas’ cabaran dengan mengalunkan lagu Separuh Mati Ku Bercinta pula. Okay tak bila Wani nyanyi lagu Dayang?

 

Published by
Rafiq Mazlan