“Bila Rasa Rindu…Akan Pergi Ziarah Kubur Arwah Abah, Mak & Anak,”- Sayunya…Linda Rafar

Share

Penyanyi dan pelakon, Linda Rafar telah memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.

Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar telah berkongsi gambar ketika dia sedang melawat kubur arwah abah, mak dan anaknya.

“Ramai sgt pesan jgn pergi kubur di pagi hari raya.. linda tak tahu betul ke tak?

“Tapi linda ikut nawaitu n hati.. bila rasa rindu n x puas linda akan pergi ziarah kubur arwah abah,mak n anak..

“insyaallah semoga sampai segala doa anak2 n cucu ..amiin

“#prayformemen #prayforciknon #rezaimenkeiflinbinazlinda #rasimahbteabdrahman #abdulrafarbinhajiahmad”tulisnya.

Di samping itu, peminat turut menitipkan kata-kata semangat buat Linda supaya terus tabah dan cekal dalam dugaan kehidupan.

Terdahulu, Ibu Linda telah pulang ke rahmatullah selepas mengalami beberapa komplikasi termasuk jangkitan kuman dalam darah selepas terkena gigitan serangga 11 Januari lepas.

Gambar

Gambar

Foto : Instagram Linda Rafar

Published by
Nazar Rafiqhi