Selepas pemergian suami yang juga pengarah, Mohd Firdaus Mohd Hanif pada 2019, pelakon Farah Ahmad kini akui dia dan anak-anak semakin kuat menempuh hari-hari mendatang terumatanya bila memasuki bulan Ramadan dan Syawal
Menurut Farah, dia sekeluarga tetap memegang erat segala kenangan dan ilmu sepanjang hayat bersama arwah.
“Jawapan yang saya dan anak-anak akan berikan tetap sama. Perasaan kami sama sahaja kerana kami sudah set di minda yang tiada hanyalah jasad tetapi segala kenangan dan memori yang diajar kepada isteri dan anak-anak tetap ada dengan kami.
“Jadi, kami tidak merasa seperti dia tiada. Kita akan tetap melakukan rutin kami seperti biasa untuk bergembira di bulan Ramadan dan Syawal. Hubungan saya dengan ibu mertua masih lagi rapat dan kita selalu berjumpa.
“Kalau kami teringat pada arwah sekalipun, semuanya yang manis-manis sahaja. Tak kisah bulan Ramadan, Syawal atau bulan-bulan lain, rasanya tetap sama. Alhamdulillah, setakat ini Allah masih lagi mengekalkan keredaan di hati kami,” katanya kepada MH.
Menantu kepada pelakon senior, Fauziah Nawi itu turut memaklumkan, dia dan anak-anak ada cara tersendiri mengubat kerinduan terhadap arwah.
Ads
“Kalau nak kata hati terjentik bila terkenang arwah, selalunya terjadi bila saya terlalu penat tetapi ia akan berakhir sebelum saya masuk ke rumah. Anak-anak pun ada momen-momen yang mereka atasi sendiri.
“Masing-masing ada cara mereka. Saya pun tidak menyatakan perbuatan mereka itu salah. Itu cara mereka ‘healing’. Bila hari raya pertama kami pakai baju dia. Anak-anak kata tak nak pakai baju raya sebab nak pakai baju dia. Saya biarkan sahaja,” kogsinya lagi.
Dalam pada itu, pelakon drama Anak Sena ini juga meluahkan rasa syukur kerana orang-orang di sekeliling sentiasa memberikanya semangat untuk meneruskan kehidupan selepas ketiadaan suami.
“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana ‘support system’ saya sangat kuat. Rezeki yang Allah berikan kepada saya adalah kawan-kawan dan ahli keluarga yang banyak berikan kami semangat.
Ads
“Para pengikut di media sosial juga berikan saya aura-aura positif. Mereka kerap juga bertanya mengenai keadaan saya. Secara tidak langsung berlaku komunikasi dua hala untuk kami sama-sama memberikan motivasi diantara satu sama lain.
“Kalau orang tanya macam mana saya boleh kuat? Saya hanya balas macam mana saya nak suruh anak-anak terus kuat dan sabar kalau saya sendiri tidak seperti itu. Saya kena ubah diri saya dahulu.
“Kalau nak taya macam mana nak menempuh hari-hari mendatang? Saya akan tetap teruskan sebab saya sendiri tak tahu sampai bila saya akan hidup. Hanya Dia sahaja yang tahu,” akhirinya.
Ads
Tiga tahun lalu, dunia seni tanah air dikejutkan dengan pemergian Firdaus atau lebih mesra disapa Pitt Hanif selepas dibawa arus ketika sedang memancing di Kuala Lipis, Pahang.
Allahyarham Pitt meninggal seorang isteri dan tiga orang anak berusia antara 10 hingga 19 tahun.
Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Adibah Noor ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, Adibah telah berkongsi ilmu dan memperbetulkan sebutan ejaan bahasa Inggeris yang disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Rina Harun.
“Saya akui, penulis skrip (ucapan Rina) sangat bagus dan saya harap saya dapat membacanya sendiri.
“Apa-apa pun, mari kita belajar menyebut perkataan ini, ‘doubt’ (keraguan). Saya dah pernah buat video tentang ini tapi mungkin anda dah lupa.
“Jadi cara nak sebutnya (doubt) hilangkan bunyi ‘b’ bukan, dup, daob, dib tapi d-out,” ciapnya beserta tanda pagar #Pronunciation, #BetulkanYangBiasa dan #BiasakanYangBetul.
Bagaimanapun, perkongsian penyanyi lagu Terlalu Istimewa mendapat reaksi pelbagai daripada netizen.
Meski ada yang memuji dengan tindakan penyanyi berusia 50 tahun itu, namun ada juga yang menberi kritikan mengenai perkongsiannya itu.
Lalu, Adibah ada memberikan respon terhadap kritikan yang diterima menerusi laman media sosial Twitter miliknya.
“hah? ada beberapa polan kata depends on american or british english?
“setahu i… dua2 pun tak pronounce the b in doubt, debt.
“Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Itulah pepatah yang sesuai digambarkan buat anak usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah.
Video yang dimuat naik Aliff memaparkan cara dia mendidik Qadejah atau nama penuhnya Nur Shahida Qadejah El-Zahra untuk membersihkan sinki selepas didapati bermain permainan jenis liat yang dikenali sebagai slime.
“Anak korang suka main ni gak kee?? kotor satu rumah main benda hantu ni..hargai kerja pembantu rumah nak siapkan ces nak kesokolah… .
“Maafkan abah ya cess @qadejah_terlajaklaris abah nak ces jadi wanita sempurna …pandai basuh baju, pandai kemas rumah, abah harap sebab nak anak2 abah membesar mcm anak orang lain…x nak khayal dgn kesenangan yg abah beri..
“Apa yg abah lalui dulu abah praktikkan bila besar boleh buat mcm2 benda sblum abah sampai ketahap ni..
“Sebenarnya saya x nak anak saya terlalu selesa hidup bergantung dgn maid semua senang bangun pagi siap sedia…saya ajar mereka berkebun,buat kerja mcm2 sebagai asas hidup…benda2 mcm ni x boleh dapat dari buku dan tgk tv…ni asas hidup..
“Sementara ada rezeki saya senang mereka tumpang senang,esok2 Allah uji dgn dugaan kewanhan sekurannya mereka tahu buat benda lain utk meneruskan kelangsungan hidup,” tulis Aliff.
Tular di media sosial awal tahun ini, apabila video gadis manja yang dikenali sebagai Nija atau nama penuhnya Nur Naziha Tahang yang mahukan semangkuk cendol ketika panas terik dengan kekasihnya.
Bagaimanapun, hubungan mereka terputus beberapa bulan kemudian dan memilih haluan masing-masing.
Hari terus berganti dan bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Muhd Aiman Amar sudah menemui penganti dalam hidupnya dan kini sudah bergelar suami kepada Nur Fazwa Atasha baru-baru ini.
“25/12/2019 alhamdulillah kita sah menjadi suami isteri,” tulisnya ringkas.
Mungkin kerana terlalu gementar, Aiman telah tersasul ketika melafazkan akad.
“Aku terima nikahnya Nur Fazwa Atasha dengan mas kahwinnya Rm3.00,” lafaznya disusuli dengan gelak tawa tetamu yang hadir.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan berjaya melafazkan akadnya dengan sempurna dengan mas kahwin bernilai RM300.
Sementara itu, Atasha yang memiliki lebih 20,000 pengikut di Instagram turut berkongsi momen indahnya bergelar isteri.
“Assalamualaikum suamiku Alhamdulillah tak disangka perkenalan cuma dari reaction igstory setahun yang lepas tanpa sengaja pejam celik awak dah sah menjadi suami saya 😅
“Dari tak suka boleh tersuka. Sebab tu orang tua tua dulu pesan. Jangan menyampah sangat. Nanti tersuka tanpa sengaja hihi. Okay saya tarik balik kata kata saya dulu ye encik suami,” tulisnya.
Pelakon, Datin Intan Najuwa tidak menyangka perkongsiannya mengenai pengambilan tiga orang pengasuh untuk membantu menjaga anak sulungnya mencetuskan perdebatan di kalangan netizen.