Bintang media sosial, Beby Tora Tora menyentuh mengenai rumah tangganya yang masih belum dikurniakan cahaya mata sehingga kini.
Beby atau nama penuhnya Nor Atierah Zulfatie Zulkifli memberitahu, dia kini akur dengan ketentuan Yang Maha Kuasa.
“assalamualaikum ..ni anak angkat tira and apit ..hehehe ni anak kwan baik tira.. nama si anak ialah wan nur inara adelia
panjang nau nama dia ..
“wlaupun baru pegang dak kcik ni ,mai dh naluri ibu tu .tak kira la pegang anak siapa pun ,msti rasa mcm pegang anak kita
“sbb tu la tira rapat dngn adik2 tira ..tq member baik sbb bagi pinjam gelaran mama and abah dkat kami trharu sngat sbb member sudi berkongsi kasih sayang ..
“actually tira dh redha dh dngn apa yang Allah tentukan ..bila smpai masa nanti ,Allah mesti bagi ..now kita enjoy dulu and kita tumpang kasih syang anak kwan2 dlu moga tahun ni atau tahun2 akan dtang ,kita brdua akan brgelar seorang ibu dn ayah ..amin,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan kata-kata semangat buatnya untuk sentiasa bersabar dan berdoa agar dikurniakan cahaya mata.
Sekadar informasi, Beby mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Muhammad Hafis Al Hafus Johari pada 11 Mac 2019.
Foto: Instagram Beby Tora Tora