Demikian kata usahawan yang juga pempengaruh media sosial, Sasha Abdul Aziz mengenai kritikan yang diterimanya sebelum ini selepas mengambil keputusan untuk kembali tidak bertudung Januari tahun lalu.
Sasha berkata, apa yang terjadi ialah perjalanan hidup selain menyifatkan ia menjadi pengalaman yang mengajar untuk menjadi menjadikannya sebagai individu yang lebih baik selepas ini.
“Malah ketika saya cuba untuk berhijab ketika itu, suami saya kata ia perjalanan hidup saya. Kalau penampilan sedemikian berpanjangan, dia bersyukur dan mendoakan yang terbaik.
“Cuma bila saya buka hijab, suami pesan untuk tidak terlalu fikirkan hal yang negatif. Sebaliknya fokus sahaja terhadap apa perkara baik yang saya mahu kongsikan pada orang lain.
Ads
“Sebab itu sekiranya masih ada yang mengecam saya sehingga sekarang pun, saya cuba untuk bersikap positif.
“Soal pakai hijab atau tidak, orang masih akan bercakap. Siapa tahu nanti pada suatu hari saya akan kembali pakai (tudung). Jadi doakanlah yang baik-baik,” katanya kepada MH.
Sasha ditemui pada Majlis Pelancaran Syampu Wellsen x Dynas di Wanra Cafe, Bukit Jelutong, pada Selasa.
Ads
Dalam pada itu, Sasha mengakui dia masih lagi mengikuti kelas agama dan al-quran seperti kebiasaan namun memilih untuk tidak terlalu berkongsi mengenai perkara itu di media sosial.
“Saya masih lagi pergi, cuma saya tidak tunjuklah sebab bila berbuat demikian, netizen akan berkata lain pula. Ada juga yang minta untuk simpan untuk diri sendiri.
Ads
“Tapi bila saya tak paparkan di media sosial, ada pula yang tanya ‘you masih mengaji, pergi kelas agama lagi ke’? Saya pun pelik hingga tertanya-tanya apa yang perlu saya buat sebenarnya,” katanya lagi.
Ibu kepada dua cahaya mata ini bagaimanapun bersyukur kerana mempunyai keluarga yang banyak memberikan semangat terhadap apa sahaja perkara yang dilakukan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lantas, gambar yang dikongsi oleh penyanyi yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu telah menjadi perhatian netizen.
Malah, netizen sepertinya tidak keruan apabila melihat gambar tersebut.
Oleh itu, penyanyi yang berusia 34 tahun itu menerima komen yang pelbagai daripada netizen.
Dalam perkembangan lain, Zizi Kirana bakal muncul dalam muzik video lagu terbaru berjudul Starlela yang digandingkan bersama penyanyi Ifa Raziah dan Bella Astillah.
Foto : Instagram Zizi Kirana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menzahirkan rasa syukur, penyanyi Misha Omar ada mengenang memori indah bersempena dengan ulang tahun perkahwinannya bersama suami, Firos Ezzwan Rossly yang ketujuh.
Jelas Misha, dia dan suami kini berkongsi suka-duka bersama apabila melihat kekurangan yang ada sebagai satu kelebihan.
“7 Tahun hari ini… Alhamdulillah, masih saling menerima..malah setiap kekurangan dijadikan kelebihan untuk saling membahan dan mentertawakan kesilapan masing-masing…Hahaha!!
“Bila dah 7 thn ni..rentan dah kurang…ketawa je yang banyakkk..mmg gitu eh?,” seloroh Misha menerusi pautan foto pernikahannya.
Dia pada masa sama turut mengucapkan terima kasih atas ucapan serta doa yang dititipkan semua.
“Terima kasih buat kalian yang mendoakan kami, merestui dan menyaksikan perjalanan kami hingga sampai ke mari…bertunang, bersanding, membesarkan keluarga tetap juga di mata kalian.
“Jasa kalian dalam mendoakan kami tak terbalaskan. Terima kasih tau,” tulisnya lagi beserta emoji kucupan.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut sama memberikan ucapan istimewa termasuk rakan selebriti, seperti Aina Abdul, Elly Mazlein, Nourul Depp dan ramai lagi.
Imbas kembali, Misha dan suami mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2014 dan pasangan itu dikurniakan seorang anak Muhammad Idris Ezzwa.
Foto: Instagram Misha Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada pelawak dan penyampai radio popular Johan iaitu Ozlynn Waty percaya suaminya akan bersinar di tempat kerja baharu setelah memulakan tugasan pertamanya pada awal pagi Selasa.
Berkongsikan perkara itu di laman Instagram miliknya, Ozlynn yakin letaklah suaminya di stesen manapun pasti Johan tahu untuk membawa diri serta memberikan perkhidmatan terbaik dalam profesionnya sebagai penyampai radio.
“Jangan lupa dengarkan @hotfm976 hari ini. Nampak papa (Johan) selesa nawwwww yek..
“Papa campak di mana-mana pun dia tahu nak bawa diri,” tulis Ozlynn.
Ozlynn yang juga merangkap pengurus peribadi kepada Johan itu juga percaya suaminya itu sentiasa dimurahkan rezeki kerana rumah mereka senantiasa dipenuhi tetamu yang secara tidak langsung menyumbang kepada perkara tersebut.
“Istana (rumah) kita selalu penuh dengan tamu sebab itu murah rezeki sebab tiap tamu yang datang bawa rezeki dan doa untuk kita.
“InsyaAllah ada lagi rezeki untuk mereka (tetamu),” tulis Ozlynn lagi.
Hari ini merupakan hari pertama gandingan trio baharu pagi Hot FM iaitu Johan, AG dan Fara Fauzana menerusi segmen Bekpes Hot yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.
Johan sebelum ini pernah berkhidmat di stesen radio Era menerusi gandingan popular JoHaRa bersama Haniff dan Ray selama lebih 10 tahun.
Legasi JoHaRa kini diteruskan menerusi gandingan baharu, Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmin menerusi segmen 3 Pagi Era yang sudah pun bersiaran sejak dua minggu lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Jozlynnhanania
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!