“Bila Saya Dah Tak Ada Nanti, Bila Rindu Boleh Tengok Muka Adik Saya,” – Jarang Bercerita, Jasmin Hamid Kongsi Foto Adik Perempuan

Share

Jasmin Hamid ada berkongsi beberapa keping foto bersama adik perempuannya yang disifatkan saling tak tumpah raut wajahnya ketika muda.

Malah, bintang senior ini turut menyatakan andai satu hari nanti dia sudah tiada, peminat boleh menatap wajah adiknya itu kerana paras yang hampir seiras.

Perkongsian tersebut dibuat Jasmin menerusi satu entri di Instagram, baru-baru ini.

“One and only. Adik perempuan saya. Sama kan? Masa saya muda belia, saling tak tumpah macam muka adik saya.

“Cuma muka dia lagi runcing, muka saya bulat. Badan pun runcing sama je. Dah nama pun adik beradik. Jangan compius tau.

“Bila saya dah tak ada nanti, bila rindu kat saya, boleh la tengok muka adik saya @missjaegerbomb,” tulis Jasmin.

Pendedahan tersebut turut mendapat perhatian peminat memandangkan pelakon ini agak jarang berkongsi mengenai hal melibatkan keluarganya.

Foto: Instagram Jasmin Hamid

Published by
MH