Apa agaknya yang akan berlaku bila si lelaki gangster terjatuh hati dengan gadis separa buta?

Macam pernah dengarkan situasi itu kan? Ya, drama berjudul ‘Dari Mata Turun Ke Hati’ ini merupakan karya yang diadaptasi daripada siri popular Jepun iaitu ‘Yankee-kun to Hakujou Garu’ dan komik ‘manga’ ‘Yankee-kun And The White Cane Girl’.

Drama ‘romantic comedy’ yang dibintangi pasangan pelakon Mierul Aiman sebagai Jai Jerung dan Arabella Ellen sebagai Iris Sofea ini pasti akan membuatkan para penonton tersenyum sendiri melihat telatah mereka.

Pertemuan mereka bermula ketika Iris secara tidak sengaja menolak jatuh motosikal kesayangan Jai yang di parkir di ruang pejalan kaki dan laluan kuning yang dikhaskan buat mereka yang mempunyai masalah penglihatan.

Bermula insiden itu, Jai mula mendekati dan mencari tahu mengenai Iris yang sebenarnya mengidap masalah penglihatan yang dipanggil Deprivation Amblyopia.

Iris tidak dapat melihat dengan jelas melainkan dari jarak yang dekat. Disebabkan kondisi itu, Jai menawarkan diri untuk membantu Iris bagi memudahkan urusan seharian terutamanya ketika di kolej.

Effort Jai pula memang tip top. Jai sanggup belajar membaca braille dan berjalan menggunakan tongkat dalam keadaan mata tertutup demi memahami kepayahan yang dilalui Iris.

Bagaimanapun, niat murni Jai itu mendapat tentangan daripada keluarga Iris yang menyifatkan Jai sebagai lelaki bermasalah dan hanya akan mendatangkan bahaya buat Iris.

Serkap jarang betul! Jai tu luaran sahaja nampak gangster, dalam hati penuh dengan bunga-bunga cinta.

Malah, drama arahan Michael Ang ini juga menjadi drama tempatan pertama yang mempunyai ciri ‘Keterangan Audio’.Setiap bunyi dan gerak geri di dalam drama ini akan dijelaskan bagi menambah keterujaan buat mereka yang mempunyai penglihatan terbatas.

Selain Mierul dan Arabella, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Qistina Khaled, Azhar Sulaiman, Kimberly Chuah, Afiq Hamidon, Natasha Roslan, Ramona Zam Zam, dan Evertts.


Dari Mata Turun Ke Hati boleh ditonton pada setiap Ishin hingga Khamis jam 10 malam di slot Mega Drama, Astro Ria dan Astro Go dan aplikasi Sooka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Arabella Ellen

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI