“Bila Sudah Bersalin, Pasti Saya Akan Rindui…,” – Usia Kandungan Bella Astillah Masuk Minggu ke-37, Ayden Bakal Jadi Abang

Share

Bella Astillah memberitahu dirinya pasti akan merindui kembali fasa mengandung selepas bersalin anak keduanya, tidak lama lagi.

Dalam usia kandungan yang sudah pun mencecah 37 minggu, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu kini sedang hitung hari untuk timang ahli baru dalam keluarganya.

Berkongsi foto terkini, pelakon dan penyanyi itu turut menghargai momen indah yang sedang dilalui.

“Done check up. When I give birth, I will surely miss being pregnant.

“Feeling the baby kick and do somersault in my tummy is too precious #37weekspregnant #anytimesoon,” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram sambil memberikan kredit.

Lalu, rata-rata peminat serta rakan selebriti turut mendoakan agar proses bersalinnya dipermudahkan kelak.

Sekadar informasi, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden Adrian yang kini mencecah usia tiga tahun.

Bintang yang kini muncul menerusi single baru, Tenang ini turut berkongsi mengenai perkembangan terkininya bersama peminat menerusi platform sama.

Foto: Instagram Bella Astillah

Published by
MH