Jujur mengakui tidak punya kepakaran yang hebat dalam memasak, Ayda Jebat secara seloroh menjelaskan itu bukan masalah besar andai dia bergelar isteri kelak.

Malah katanya, bakal suami perlu memahami kekurangan si isteri dan sama-sama perbaiki demi keharmonian rumah tangga.

Ayda turut memberi pendapat, memasak bukanlah asas utama kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga, sebaliknya banyak hal lain yang perlu diambil kira.

“Saya mengakui saya tidaklah terlalu handal dalam memasak. Akan tetapi, jika punya luang masa, tugas saya lebih kepada menghias rumah.

“Lazimnya, tugas memasak diserahkan kepada ibu dan adik beradik lainnya,” terangnya kepada MH.

Ads

Pada masa sama, penyanyi Temberang ini turut membayangkan situasi di dapur adalah tugas bersama suami isteri.

“Jika saya berkahwin satu hari nanti, tugas memasak rasanya akan bergantung dan terserah kepada siapa pasangan saya.

“Saya tidak rasakan soal memasak itu adalah kriteria utama untuk jadi isteri, ia lebih kepada perbincangan dan saling bantu-membantu.

Ads

“Apapun, bila sudah bersedia ke arah itu, pastinya saya akan sanggup untuk lebih belajar soal tugas di dapur,” katanya optimis.

Terdahulu, Ayda ditemui pada majlis pelancaran produk terbaru Tefal di Sogo Kuala Lumpur, pada Khamis.

Dalam perkembangan lain, selebriti popular ini turut mengakui sedang berkawan rapat dengan Nabil Mahar.

Ads

Bagaimanapun, dia tidak mahu menjelaskan secara terperinci kerana ia masih awal untuk dikongsi.

“Dia seorang lelaki yang baik. Saya memang sedang berkawan dengannya dan masih dalam proses mengenali,” ulasnya jujur.

Sementara itu, Ayda hadir pada majlis berkenaan sebagai tetamu khas masakan bagi peralatan memasak terbaru Tefal.

Inovasi Thermo-Signal dilengkapi ciri khas titik merah yang dipertingkatkan serta diilhamkan daripada reka bentuk jam pasir untuk menunjukkan masa.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI