Meskipun sibuk dengan kerjaya dan tanggungjawab sebagai ibu tunggal, pelakon dan usahawan Nur Fazura tetap berusaha meluangkan masa berkualiti bersama anaknya, Nur Fatima Aisya.
Baginya, setiap detik yang dilalui bersama Fatima adalah kenangan berharga yang ingin disimpan selamanya.
“Sepanjang bulan Ramadan ini, saya agak sibuk. Beginilah kehidupan saya, ke mana-mana sahaja Fatima akan ikut.
“Walau saya ada sesi live pada lewat malam, terhuyung-hayang dia tahan mengantuk. Itu adalah kenangan yang sangat berharga dan tidak akan saya lupakan sebagai ibu tunggal.
“Nanti bila Fatima sudah besar, saya harap dia juga akan ingat momen-momen di mana ibunya bekerja sampai lewat malam untuk mencari rezeki. Dia pun kena belajar kerja kuat,” katanya kepada MH.
Fatima Sumber Kekuatan
Selain sebagai sumber kebahagiaan, Fazura juga menyifatkan anak perempuannya itu sebagai pendorong utama untuknya terus berusaha demi masa depan yang lebih baik.
Ads
“Fatima adalah sumber kekuatan saya. Sejak dulu, saya memang suka bekerja. Keutamaan saya adalah masa hadapan Fatima, terutamanya dari segi pendidikan.
“Di zaman ini, perbelanjaan anak-anak bukan murah. Selain itu, saya juga mempunyai keluarga dan kakitangan pekerja. Tanggungjawab saya banyak.
“Alhamdulillah, saya sentiasa berdoa agar Allah berikan saya kesihatan untuk mampu bekerja dan beribadah,” ujarnya.
Walau jadual padat, Fazura tetap cuba mencari masa untuk dirinya sendiri. Namun, sejak bergelar ibu, fokus utamanya kini lebih tertumpu kepada anak kesayangannya itu.
Ads
“Kadang-kadang, ada juga masa untuk me time. Kalau dulu, mungkin boleh kerap keluar bersama kawan-kawan.
“Sekarang agak susah. Saya ada curfew. Pukul 8 malam saya kena pulang kerana esok Fatima sekolah.
“Nak pergi bercuti pun agak mustahil, tapi saya sangat bersyukur dan tidak akan merungut. Ini waktu-waktu yang saya akan ingat selamanya,” katanya lagi.
Ads
Titip Pesan But Ibu Tunggal
Sebagai seorang ibu tunggal, Fazura turut menyeru wanita lain senasib dengannya untuk terus cekal dalam membesarkan anak-anak.
“Saya sangat menghormati ibu-ibu tunggal di luar sana. Lagipun, saya baru ada seorang anak. Ada ibu lain yang punyai empat hingga lima anak. Ada di antara mereka yang bekerja dan tidak bekerja.
“Semoga mereka terus kuat. Memang tidak mudah. Seorang anak pun agak mencabar, apatah lagi yang ramai.
“Terus bersemangat dan jangan bersedih. Saya terima banyak DM yang kata mereka nak give up.
“Kita kena letak sepenuh kebergantungan kepada Allah SWT. Tiada orang lain yang kita boleh harapkan, akhirnya,” pesannya jujur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah memutuskan untuk bersama suaminya yang ketika ini sedang menjalani khidmat ketenteraan di Australia, pengacara, Dayah Bakar dilihat sering berkongsi aktiviti-aktiviti hariannya di media sosial.
Terbaru, Dayah ada memuat naik sebuah video yang memaparkan kemeriahan suasana di bazar Ramadan di bandar Canberra, Australia.
Jelas Dayah, dia berasa sangat seronok apabila berkesempatan untuk sama-sama membantu komuniti Melayu yang berniaga di bazar tersebut.
“Bazaar Ramadhan di Canberra. Memang rasa seronok bila dapat tolong meniaga sama-sama dengan family Dayah dekat sini.
“Teringat dulu meniaga dekat Bazaar, jual lauk pauk mak masak. Balik je kelas , terus berdesup pergi meniaga Pasar Ramadhan TTDI,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan bekas pengacara Borak Kopitiam itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Ibu kepada seorang anak ini turut menambah, momen itu membuatkan dirinya mengenang saat dia dan keluarga berniaga di Bazar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail, Damansara satu ketika dahulu.
Dalam pada itu, Dayah berasa sangat teruja apabila berpeluang untuk bertukar juadah bersama para peniaga di bazar tersebut.
“Dekat sini, macam- macam jenis kuih dan lauk ada. Ada one thing Dayah nak share.
“Bila dah nak habis menjual, kami sama-sama exchange foods untuk bawa balik berbuka. Kongsi rezeki, so beautiful,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan turut teruja melihat suasana tersebut selain turut mendoakan semoga semuanya baik-baik sahaja buat Dayah dan juga keluarganya.
Sekadar info, Dayah dan suaminya, Kapten Muhammad Hanif telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 29 Jun 2018,
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Achbar Muhammad Fahri yang lahir pada 17 Ogos tahun lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa gembira apabila berpeluang kembali bersama Elite setelah hampir 20 tahun meninggalkan kumpulan yang sinonim dengan lagu Tamparan Wanita itu.
Di samping berkongsi rasa kegembiraan dan teruja, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan turut memberikan penjelasan sekiranya ada segelintir netizen yang memberikan komen negatif terhadap dirinya yang kini telah kembali aktif menyanyi bersama Elite.
“Saya tak pernah kata saya nak berhenti menyanyi ke, berlakon ke saya tak pernah cakap macam tu. Apa yang saya lakukan sekarang ini saya mahu berubah ke arah yang lebih baik.
“Apa yang saya cuba sampaikan perkara yang boleh dan tak boleh untuk saya lakukan. Semua benda dulu yang saya buat salah kita ubah contoh macam batasan-batasan tu semua kena jaga.
“Sebab kita Allah dah bagi petunjuk jadi kenapa kita nak buat dan ulang kesalahan yang sama,” katanya.
Elite yang mula ditubuhkan sekitar tahun 1996 kini kembali bergabung dengan kesemua anggota asalnya iaitu Abby, Azza, Linda Rafar, Sasha dan Watie.
Bersempena dengan ulang tahun ke-25 penubuhan, Elite bakal melancarkan lagu single terbaru yang berjudul Alhamdulillah pada 19 April hadapan dikesemua platform digital.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Adam Corrie meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana telah mengurniakannya pelbagai nikmat didalam kehidupannya selama ini.
Jelas Adam, nikmat yang paling istimewa sepanjang buat dirinya sudah tentu apabila dia dibukakan hati untuk memeluk Islam dan dipertemukan dengan pasangan hidup yang amat menyayangi dirinya.
“Nikmat yang paling berharga dalam hidup saya adalah nikmat diberikan hidayah mengenali dan kembali kepadaNya ketika masih bernyawa.
“Nikmat kedua adalah diberikan pasangan hidup (selepas syahadah, iaitu pulang dari umrah) yang banyak membantu dalam hidup saya selepas syahadah supaya untuk istiqamah dalam mencari keredhaan Allah,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem KL Gangster itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bersama posting tersebut, Corrie turut dilihat sebuah video yang memaparkan perjalanan hidupnya dari muda sehingga sekarang.
Katanya lagi, semakin kerap dia bersangka baik dengan Allah SWT, semakin banyak nikmat yang telah diturunkan kepada sama dalam sedar atau tidak.
“Nikmat “sabar “ menanti cahaya mata selepas 10 tahun dalam perkahwinan. Dan sabar menghadapi rintangan kehidupan yang penuh dengan tipu daya dan ujian.
“Alhamdulillah Qana’ah , asal punya rasa cukup. Hidup ini pasti indah. Senyum selalu. Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang #adamcorrie,” jelasnya lagi.
Dikesempatan itu juga, bapa kepada seorang ini turut berharap kita semua dapat mendoakan semoga lebih ramai insan di luar sana yang turut terbuka hati untuk menerima ajaran Islam.
“Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan mendapatkan hidayah dan memeluk Islam sehingga segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah S.W.T. – nasihat Imam Ghazali,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangn komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum selain turut mendoakan semoga Corrie akan sentiasa istiqomah di jalan Allah.
“Nampak muda meskipun dah nak masuk 5 series.
“Tak sangka umur 53 tahun nampak muda macam penghujung 30-an je. Wife pun nampak muda.
“Alhamdulillah semua diatas kehendak Allah. Bersyukur diatas nikmatnya.
“Alhamdulillah, tahniah bang. Cantik sungguh perjalanan Allah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sumber: Instagram Adam Corrie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dua ikon muzik antarabangsa, Madonna dan Elton John akhirnya menamatkan perseteruan yang telah berlangsung selama lebih dua dekad, selepas saling mengkritik secara terbuka sejak...