Uncategorized

“Bila Tau Pregnant, Saya Tak Happy Langsung Sebab…,”- DS Shahida Dedah Pernah Ingin Gugurkan Kandungan, Kenapa?

Share

Isteri Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid mendedahkan bahawa dia pernah berhajat mahu gugurkan kandungannya saat mengandungkan anak ketiga, Ibraheem Adham.

Dalam perkongsiannya menerusi laman Instagram itu, Shahida mengakui bahawa saat itu dia berdepan dengan stres terlampau hingga berfikiran tidak waras.

“Dulu waktu mengandung baem anak2 semua kecik lagi…mengandung baem umur saya 27 tahun, waktu tu bila tau pregnant saya x happy langsung sbb sangat2 x nak ada anak lagi dgn ekonomi x berapa baik.

 

“Saya stress nangis siang malam pagi petang sampai pernah ke klinik nak gugurkan kandungan, Doktor kat klinik pun marah saya,tu lah manusia ni…rezeki duit nak rezeki anak dia tolak.

 

“Terus saya terkedu dan berfikir kembali apa yg saya nak buat ni salah…saya teruskan kandungan walaupun dalam kemurungan (kalau ingat balik berdosanya saya x terima rezeki Allah nak bg ni).

 

“Doktor tu cakap awak x kesian d ke dekat anak awak ni dia dah ada jantung…..Nanti esok2 dia ni lah anak yg membahagiakan awak…Terus perasaan naluri ibu tu datang…saya x malu nak cerita sbb utk pengajaran kita semua.

 

“Ya sememangnya betul @baem_adham penghibur saya,seingat saya beberapa kali aja saya cuba nak pukul dia yg lain x sempat sbb dia terus peluk dan cium je tiap kali saya marah.

 

“Sekarang dah besar dah anak2 ni…x lama lagi dapat menantu (terover pula kan..) apapun bargai rezeki Allah bagi…..Insya Allah kita redha yg baik2 datang pada kita,” kongsinya.

Ternyata perkongsian Shahida itu mengusik jiwa netizen yang memahami apa yang dilalui olehnya.

ALLAHU, sesungguhnya Shahida membuktikan bahawa semua orang mempunyai dugaan dan masalah masing-masing. Jangan ingat seseorang itu hidup mewah tapi tiada cabaran yang dihadapinya.

Apa-apapun, MH doakan semoga Shahida dan famili terus sukses. Anak itu ternyata adalah pembawa rezeki.

Foto/Instagram: Datin Seri Shahida

Published by
Khaleeda Rashikin