Pelakon dan pengarah prolifik, Erma Fatima menyatakan rasa sedihnya apabila segelintir masyarakat memilih untuk menonton teater antarabangsa berbanding teater tempatan.
Perkara tersebut dikongsikan kak kepada pelakon, Datin Seri Umie Aida yang merakam video suasana sekitar Istana Budaya (IB) baru-baru ini bersempena dengan teater muzikal, The Phantom Of The Opera.
Malah, orang ramai ketika itu mengenakan tema suit
dan gaun sebelum menonton teater tersebut.“I DONT WATCH MALAY THEATRE !!!! 😳🙄🙄🙄 Tapi bila teater luar negara berduyun duyun dtg IB. 😅😅😅 Aku dh tau apa uoll akn jawab.!
“Nk tengok teater melayu mcmana kalau hampehh.. teater luar negara sanggup bayar tiket walaupun mahal.. teater melayu? Call merata cari tiket free…lepas tu dah tengok tk hbs2 cari kesalahan..kutuk sana sini..seolah teater melayu tu tlde nilai sama sekali…
“Malam tadi aku berdiri didalam kelompok orang kita yg elite….menonton Phantom of Opera…rasa janggal jgk tgk org Malaysia pakai bukan main lagi macam nk pergi party..siap suit dan gown..hmmm sapa kata org kita tk pandai etika pakaian ketika masuk panggung. Bole pun..tapi,” tulis Erma atau nama penuhnya Fatimah Rahmad.
Selain itu, Erma,51 juga berasa sedih apabila segelintir masyarakat kurang menghargai teater tempatan.
“Didalam rasa bangga aku apabila sebuah karya International berjaya berlabuh di pentas kita,
“Terselit juga rasa sedih apabila org kita sendiri bkn sahaja tdk hargai teater tempatan bahkan etika menonton pun hanya d praktikn dlm teater international ini sahaja,” tulis Erma sambil merakam video sekitar suasana di Istana Budaya.
Terdahulu, Erma pernah mengadakan teater muzikal, Mak Cun pada 2015 di tempat sama yang menampilkan barisan pelakon seperti Datin Seri Umie Aida, Datuk Rahim Razali, Nora Danish, Balkisyh, Ungku Ismail, Betty Rahmad dan ramai lagi.
Video : Instagram Erma Fatima