Penyanyi, Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.

Menerusi rakaman video tersebut, Haiza telah berkongsi rakaman video ketika dia hampir-hampir terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di sebuah lebuh raya.

Menerusi video kurang seminit itu, dapat dilihat jalan raya agak licin kerana ia berlaku ketika hujan.

Dalam pada itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Dag Dig Dug itu turut menitipkan kata nasihat kepada peminat dengan menyarankan agar pemandu jalan raya digalakkan untuk memiliki kamera ‘Dashcam’.

IKLAN

Malah maklumnya, kepentingan ‘dashcam’ tidak hanya apabila berlaku kemalangan sahaja tetapi dalam situasi lain.

“Kisah saya sendiri..Betapa pentingnya “DASHCAM” Bila tengok balik,rasa seriau.
Bila ada kamera macam ni segala benda kita boleh nampak.Boleh jadi bukti kemalangan,mangsa buli dan sebagainya.Silap-silap nampak entiti,

IKLAN

“Ada pengalaman?Share please #borakkool #PHDKoolFM Terima kasih @sayyedmoussa yang sudi membantu dan sampai sekarang kita jadi bestfrind,” tulisnya.

IKLAN

Dalam pada itu, peminat turut bersetuju dengan perkongsian penyanyi berusia 39 tahun itu.

“Bila Tengok Balik, Rasa Seriau,”- Haiza Hampir Terlibat Nahas

Video : Instagram Haiza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI