Pelakon Anzalna Nasir sama-sama insafi diri sekaligus menitipkan harapan buat semua yang berkemampuan untuk menghulurkan bantuan buat mereka yang memerlukan.
Menurut Anzalna, tiada salah untuk memberikan sumbangan andai ada rezeki lebih dan yang terbaik adalah menderma dengan seikhlas hati.
Bekas finalis Dewi Remaja sezaman Neelofa ini menulis kapsyen tersebut menerusi Insta Story pada Selasa.
“Bila tengok meja makan penuh dengan makanan mesti terfikir akan mereka yang kurang bernasib baik. Dalam keadaan macam ni jangan lupa mereka yang memerlukan kita.
“Sekiranya ada rezeki lebih jangan lupa hulurkan. Jangan fikir content untuk sosial media sahaja!
”Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. InsyaAllah,” coret ibu kepada seorang cahaya mata ini.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Harga Barang Dijangka Naik 60 Peratus, Mila Jirin Akui Terkesan – “Banyak Pemborong Bahan Asas Ambil Kesempatan.”
Perkhabaran mengenai harga barangan mungkin meningkat sehingga 60 peratus pada bulan depan pastinya meresahkan semua pengguna.
Perkara ini turut sama dirasai usahawan selebriti, Mila Jirin yang memohon pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk meneliti dan bertindak menangani isu berkenaan.
Mila yang mengusahkan perniagaan katering menerusi perkongsiannya di Instagram berkata ada di kalangan pemborong yang sudah mula mengambil kesempatan dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga barang.
“Banyak pemborong bahan asas ambil kesempatan di atas isu Gaji Minima yang dinaikkan 25 peratus.
“Mohon bantuan daripada pihak kerajaan meneliti dan bertindak bagi isu “Kenaikan Harga Barang Asas” @kpdnhep.
“Bahan asas dijangka naik hingga 60 peratus adalah tidak seimbang.
“Saya juga majikan, dalam satu syarikat bukan keseluruhan pekerja bergaji RM1,200, kurang daripada 5 peratus bergaji RM1,200,” tulisnya.
Menurut Mila, jika dibiarkan pemborong berterusan mengambil kesempatan, selaku pengusaha makanan, Mila berasa berat hati terpaksa menaikkan harga jualan disebabkan isu semasa yang sedang berlaku pada ketika ini.
“Saya kira jika ini tidak dibendung, pihak-pihak pemborong mula naikkan harga barang asas dan kesemua peniaga yang terlibat dalam industri makanan juga dengan berat hati perlu naikkan harga jualan dan ini sudah pasti akan memberi kesan kepada perkembangan perniagaan yang baru mula kencang selepas penutupan (akibat PKP).
“Dan kesan akan terpalit kepada pembeli… Apa guna GAJI MINIMA DINAIKKAN 25 PERATUS DAN KOS KEHIDUPAN NAIK MENCANAK-CANAK?” tulis Mila lagi.
Sekadar informasi, Mila atau nama sebenarnya, Norsyarmilla Jirin, 35, mula menceburi bidang seni selepas memenangi program Akademi Fantasia musim kelima pada 2007.
Beberapa tahun selepas itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini mula memperlahankan karier nyanyian selepas menceburkan diri dalam bidang perniagaan katering dan pengurusan majlis perkahwinan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Mila Jirin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rina Nose Antara Yang Bakal Gamatkan Stadium Melawati, Konsert Muzika Lawak Nusantara Satukan Dua Negara
Bakal menggabungkan barisan pelawak-pelawak ‘papan atas’ daripada Malaysia dan Indonesia, Ifix Studio dan Mesaton Ventures berbesar hati untuk menganjurkan Konsert Muzika Lawak Nusantara yang bakal berlangsung pada 19 Ogos 2023 bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.
Para peminat berpeluang menyaksikan persembahan daripada pelawak-pelawak hebat Indonesia dengan lebih dekat seperti Sule, Aziz Gagap dan Rina Nose.
Bukan setakat itu, kemunculan semula kumpulan-kumpulan lawak tempatan yang sebelum ini memilih untuk berehat seketika iaitu Bocey dan Zero turut akan menggamatkan lagi suasana konsert itu nanti.
Pengarah Mesaton Ventures, Azroy berkata, objektif utama penganjuran konsert ini adalah untuk memberikan penghargaan kepada pelawak disamping mengukuhkan lagi industri komedi antara kedua-dua negara.
“Kami mahu menghargai pelawak-pelawak dari Malaysia dan Indonesia di mana, pelawak menjadi pemain industri yang dilihat hanya mengisi slot-slot kecil di kaca TV.
“Tujuan utama penganjuran Konsert Muzika Lawak Nusantara adalah bagi mengetengahkan gabungan pelawak ini, sekaligus ingin menjadikan acara ini sebagai satu fenomena untuk industri komedi di antara kedua-dua negara.
“Secara tidak langsung, gabungan ini juga akan menyatu serta mengukuhkan lagi ikatan antara kedua-dua negara,” katanya kepada MH.
“Konsep yang akan kami bawakan juga amat berbeza dengan konsert-konsert lawak yang pernah diadakan sebelum ini. Kita tidak akan hanya menjurus kepada sketsa dan nyanyian semata-mata.
“Banyak lagi elemen kejutan yang akan kami persembahan ketika konsert itu nanti. Saya menjanjikan sketsa-sketsa yang akan dibawakan ketika konsert itu nanti tidak pernah dipertontonkan di mana-mana,” ulasnya.
Sementara itu, pengacara terkenal, Datuk AC Mizal diberikan kepercayaan untuk mengemudi konsert yang bakal berlangsung selama dua jam itu.
Menurut AC Mizal, hos juga merupa elemen yang penting bagi memastikan energi konsert ini sentiasa berada ditahap tertinggi.
“Saya lebih suka barisan pelawak ini tidak boleh dikawal kerana ia akan memudahkan saya untuk menghidup pelbagai suasana ketika konsert itu berlangsung nanti.
“Saya akan pastikan penonton akan sentiasa berada dalam momentun tertinggi kerana ini merupakan konsert yang terbuka dan kurang pantang larangnya.
Tiket Konsert Muzika Lawak Nusantara telah mula dijual pada harga RM128 (Blue Zone), RM188 (Purple, Yellow & Red Zone), RM328 (VIP) & RM368 (VVIP).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Sendiri Rasa Video TikTok Saya ‘Meletup’ Sebab…,” – Ain Edruce Jawab Konon ‘Guna’ Suami & Anak Untuk ‘Content’
Seiring dengan peredaran masa, pelakon dan pengacara Ain Edruce juga dilihat antara selebriti yang bijak memanfaatkan aplikasi sosial popular, TikTok.
Meninjau kandungan video TikTok miliknya, Ain atau nama sebenar, Nurulain Edruce, 31, dilihat banyak berkongsi gaya hidup sebagai seorang isteri dan ibu sambil ‘dibantu’ suami, Amirul Hafiz Mustaffa serta anak tunggal mereka, Soraya.
Kekerapan suami dan anak menerusi video yang dimuat naik bagaimanapun ada membuatkan suara-suara nakal berbunyi mengatakan Ain seakan ‘gunakan’ suami untuk meraih jumlah tontonan tinggi.
Mengulas mengenai perkara itu, Ain menjelaskan dia tidak kisah dengan tanggapan segelintir pihak kerana sokongan suami adalah lebih penting daripada semua dakwaan tersebut.
“Kadang-kadang Amirul ada cakap, ‘cuba berdiri atas bakat sendiri’. Dia sendiri rasa video TikTok saya ‘meletup’ sebab ada dia dan Soraya.
“Walaupun itu muka paling ikhlas dia boleh bagi ketika buat video TikTok bersama, tetapi dia tetap membantu saya. Mungkin baginya itu salah satu cara menyokong saya dari belakang.
“Saya juga tak kisah kalau orang kata saya gunakan suami dan anak. Bagi saya sejak berkahwin, dalam rezeki saya, ada rezeki suami dan anak. Ada juga tawaran yang mahukan kami bertiga. Jadi saya anggap ia sebagai rezeki bersama,” katanya.
Hos tinggi lampai ini juga akui pernah diminta suami untuk tidak terlalu membaca komen netizen.
“Saya memang jenis baca komen. Kadangkala terasa juga, bila cakap dekat suami, dia pula yang suruh saya abaikan.
“Bagi saya, selagi Amirul tidak menghalang, saya buat tak tahu saja,” katanya lagi.
Sekadar informasi, Ain berkahwin dengan Amirul Hafiz Mustaffa, 29, pada 13 Disember 2019. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan puteri sulung, Soraya yang kini berusia satu tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ain Edruce
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI