Pelakon, Datuk Fizz Fairuz ada berkongsi cerita perihal sikap anaknya bersama peminat di laman media sosial Instagram miliknya.
Kongsi Fizz, dia berasa syukur kerana dikurniakan anak yang sangat memahami masalah yang dihadapi oleh dirinya meski baru berusia 5 tahun.
Difahamkan, isteri kepada Fizz iaitu Datin Almy Nadia telah dimasukkan ke hospital pada Selasa lalu.
“Bila papa tgk video ni,mata papa masuk habuk… tak tahu nk ckp,ngan keadaan mama dia sakit.. tapi papa bersyukur dpt anak yg paham n rajin macam kakak.. tq kakak.. bantu papa,faham mama sakit.. love u syg… @almynadiaofficial,” tulisnya.
Pada masa yang sama, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini memohon peminat mendoakan agar isterinya kembali sihat dah pulih seperti sedia kala.
“Semoga dipermudahkan.. segala penyakit,ada penghapus dosa2 kita.. insyallah doa dr semua akan menyembuhkan wife saya.. insyallah.. amin.. take care sayang,u kuat.. @almynadiaofficial,” tulisnya.
Fizz dan Almy yang mendirikan rumah tangga pada 2014 sebelum ini dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Foto: Instagram Fizz Fairuz