Usahawan kosmetik, Nur Sajat mengakui simptom datang bulan telah menyebabkan perutnya kelihatan sedikit besar.
Katanya, perkara tersebut adalah normal dan bukanlah sesuatu yang pelik bagi setiap wanita yang sedang datang bulan.
Kenyataan tersebut dibuat selepas ada individu yang menyifatkan perut Sajat kelihatan sedikit buncit ketika memuat naik sebuah gambar di Instagram.
“Bila time saya period , memang perut naik sikit. Itu normal sis,” tulisnya.
Susulan itu, ruangan komen dipenuhi dengan komen netizen yang mempersoalkan kenyataan usahawan tersebut.
Alahai, ada sahaja idea mereka kan. Apa-apapun, kita doakan yang baik-baik untuk Sajat sahajalah ya.
Spread love not hate!