Ads
Home Berita “Bila Yeop Mandikan Adik, Pilu,” – Arwah Genap 35 Tahun, Titipan Kasih...

“Bila Yeop Mandikan Adik, Pilu,” – Arwah Genap 35 Tahun, Titipan Kasih Afdlin Shauki Buat Adik Yang Baru Pergi Dijemput Illahi

Ads

Baru sahaja kehilangan adik bongsu 12 Jun laku akibat kemalangan, hari ini, tanggal 23 Jun, arwah  Jefri Adzman Akhsan genap 35 tahun.

Titipan Datuk Afdlin Shauki sempena ulangtahun kelahiran arwah adiknya cukup meruntun perasaan. Tidak pernah disangka bahawa dia bakal memandikan jenazah adiknya terlebih dahulu.

Tulis pengarah Papadom ini, difikirkan dengan kehadiran adik bongsu, pada lelaki inilah bakal diserahkan segala urusan menjelang kematiannya nanti, namun sebaliknya yang berlaku.

Jefri…23 jun, hari ni… harijadi adik. Yeop abg sulong. Kau adik bongsu. Yeop dulunya berfikir “syukur aku ada adik lelaki yang jika yeop pergi dulu ada seorang yg boleh uruskan jenazah yeop, mandikan jenazah yeop dan bantu keluarga yeop di saat pemergian yeop”.

“Tapi ternyata apa yg kita rancang dan fikirkan, bukanlah perancangan YG Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui…Bila yeop memandikan adik, pilu rasa di hati kerana pada yeop ini tak sepatutnya berlaku.”

Tambahnya lagi, kehilangan arwah yang cukup menghargai kehidupan dan keluarga ini menyedarkannya bahawa masa cukup mencemburui kita. Tersentak seketika kerana selama ini kerjaya diberi keutamaan penting.

Ads

Jef kau punya harapan dan perancangan yg sangat hebat utk masa depan mu. Kita pun merancang pelbagai projek utk memperbaiki kedudukan keluarga kita. Tapi sekarang perjuangan mu sudah berakhir. Tiada lagi perlu kau fikirkan dan risaukan. Yeop rasa lost kejap kerana kehilangan orang kanan yeop yg yeop sentiasa boleh harapkan.

“Kau sentiasa penuh keceriaan dan positivity yg kita akan berjaya bersama dan sebenarnya kau banyak mengajar yeop macam mana sebenarnya utk ‘live my life’.

“Semenjak pemergianmu barulah aku banyak mengenali kebaikan kamu sehingga aku kagum, bangga dan sedikit jealous. Walau bagaimana busy kau dik, you always have time for your family and people in general.

Ads

“Aku tabik kau dik, pasal pada abg itulah kelemahan abg. Balance tu… Berat kepada kerja sehingga kurang bersama family… Kau ajar abg, benda yg paling penting adalah mengekalkan silaturrahim dan ukhwah dalam hidup kita ni.

“Kita semua nak berjaya untuk family tapi selalunya meninggalkan family yg nak kita bahagiakan tu sehinggalah satu hari kita sedar yg kita sudah tidak ada masa. Kita tangguh-tangguh masa bersama keluarga dan satu hari Allah ambil masa tu dari kita. In Shaa Allah abg akan ingat pengajaran ni sampai bila bila dik.

I love you so much and happy birthday. Semoga Allah menjaga roh mu dan roh mummy dan menempatkan kamu berdua bersama roh-roh orang yg beriman. Jaga mak dik. Nanti kita jumpa balik. Terimakasih adik ku yg sangat ku sayangi semoga kau tenang di sana, Terimakasih Allah SWT kerana meminjamkan jefri kepada kami utk 35 tahun. Sesungguhnya dia menjadi cikgu kepada kami abg dan kakak-kakaknya… Al-fatihah. Happy Birthday dik. 🎂🎂🎂❤❤❤😭😭😭#happybirthdayjefriadzman,” luahnya.

Ads

View this post on Instagram

Jefri…23 jun, hari ni… harijadi adik. Yeop abg sulong. Kau adik bongsu. Yeop dulunya berfikir “syukur aku ada adik lelaki yang jika yeop pergi dulu ada seorang yg boleh uruskan jenazah yeop, mandikan jenazah yeop dan bantu keluarga yeop di saat pemergian yeop”. Tapi ternyata apa yg kita rancang dan fikirkan, bukanlah perancangan YG Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui…Bila yeop memandikan adik, pilu rasa di hati kerana pada yeop ini tak sepatutnya berlaku. Jef kau punya harapan dan perancangan yg sangat hebat utk masa depan mu. Kita pun merancang pelbagai projek utk memperbaiki kedudukan keluarga kita. Tapi sekarang perjuangan mu sudah berakhir. Tiada lagi perlu kau fikirkan dan risaukan. Yeop rasa lost kejap kerana kehilangan orang kanan yeop yg yeop sentiasa boleh harapkan. Kau sentiasa penuh keceriaan dan positivity yg kita akan berjaya bersama dan sebenarnya kau banyak mengajar yeop macam mana sebenarnya utk ‘live my life’. Semenjak pemergianmu barulah aku banyak mengenali kebaikan kamu sehingga aku kagum, bangga dan sedikit jealous. Walau bagaimana busy kau dik, you always have time for your family and people in general. Aku tabik kau dik, pasal pada abg itulah kelemahan abg. Balance tu… Berat kepada kerja sehingga kurang bersama family… Kau ajar abg, benda yg paling penting adalah mengekalkan silaturrahim dan ukhwah dalam hidup kita ni. Kita semua nak berjaya untuk family tapi selalunya meninggalkan family yg nak kita bahagiakan tu sehinggalah satu hari kita sedar yg kita sudah tidak ada masa. Kita tangguh-tangguh masa bersama keluarga dan satu hari Allah ambil masa tu dari kita. In Shaa Allah abg akan ingat pengajaran ni sampai bila bila dik. I love you so much and happy birthday. Semoga Allah menjaga roh mu dan roh mummy dan menempatkan kamu berdua bersama roh-roh orang yg beriman. Jaga mak dik. Nanti kita jumpa balik. Terimakasih adik ku yg sangat ku sayangi semoga kau tenang di sana, Terimakasih Allah SWT kerana meminjamkan jefri kepada kami utk 35 tahun. Sesungguhnya dia menjadi cikgu kepada kami abg dan kakak-kakaknya… Al-fatihah. Happy Birthday dik. 🎂🎂🎂❤️❤️❤️😭😭😭#happybirthdayjefriadzman

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on

Semoga pengakhiran Jefri diberikan khusnul khatimah dan pengajaran bahawa walau sibuk dengan tugasan harian, keluarga tetap keutamaan dalam hidup.

Foto : Instagram Afdlin Shauki

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI