Sedutan video hos Nabil Ahmad yang mengusik pasangan selebriti popular, Noor Neelofa dan suaminya, Haris Ismail atau PU Riz di program hiburan MeleTOP baru-baru ini mencuri tumpuan warganet.
Menerusi segmen tersebut, Neelofa dan PU Riz diminta untuk menyahut cabaran demo siapkan bayi di samping pasangan selebriti yang juga baru sahaja menimang anak sulung, Syamel dan Ernie.
“Inilah cabaran dia, kita nak tengok kecekapan ibu bapa baru ini,” kata Nabil yang turut menilai hasil yang dilakukan kedua pasangan berkenaan.
Bagaimanapun, set menjadi kecoh apabila Nabil tiba-tiba menutup wajah patung sambil memberitahu Bilal (nama anak Neelofa dan PU Riz) yang belum bersedia untuk dikongikan wajahnya.
“Bilal belum ready ya. Minta maaf. Tak boleh reveal muka,” kata Nabil spontan sambil dibalas Neelofa.
“Ini juga satu… Apa orang kata? Nanti budak-budak kena (penyakit) ‘ain’,” kata Neelofa.
@markaztijaari Sabar ya semua. Bilal belum ready 😂 #bilal #lofariz #meletop #nabil #markaztijaari ♬ Raya Raya Raya – DOLLA
Video awal yang dimuat naik menerusi saluran YouTube MeleTOP itu turut dikongsikan kembali di akaun Tik Tok Markaz Tijaari yang sehingga kini menerima hamlpir tiga juta tontonan bersama reaksi pelbagai yang ditinggalkan warganet.
Terdahulu, pasangan berkenaan sebelum ini memilih untuk belum lagi berkongsikan wajah penuh permata hati pertama mereka kerana sebab tertentu.
Keputusan yang dibuat mereka sekali gus menerima reaksi pelbagai warganet meski ada yang menghormati pendirian pasagan terbabit.
Neelofa menerusi media sebelum ini turut memaklum dia mempunyai alasan tersendiri, antara lain kerana belum cukup ilmu untuk melindungi anaknya sediri daripada terkena sakit ‘Ain (gangguan disebabkan pandangan).
Jelasnya, tumpuan orang ramai adalah lebih kepada mereka, lebih-lebih lagi kerana mungkin terlibat dalam seni, meski cabang keduanya berbeza.
“Saya dari dunia seni dan bapa Bilal juga terlibat dalam dunia yang sama walaupun arahnya berbeza. Mungkin fokus orang nak tengok tu lebih.
“Kita cuba nak elakkan ‘Ain sebab kita tak tahu. Saya sendiri pun tak kuat untuk buat amalan-amalan untuk melindungi anak kami.
“Katakanlah sakit ‘Ain terkena pada budak-budak, mak-mak mereka yang pening kepala nak menjaga nanti. Jadi kami pun ambil langkah yang selamat untuk menghindari perkara tersebut,” katanya seperti yang dipetik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://www.youtube.com/watch?v=kwCxDn1XjM4
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI