“Dah make fews steps, tapi kena pegang-pegang.”

Demikian kata selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa selepas ditanya Sherry Alhadad dan Nabil Ahmad mengenai perkembangan anak sulung, Muhammad Bilal, sembilan bulan.

Hos program Next To Neelofa itu berkata demikian ketika diundang sebagai tetamu menerusi salah satu segment di MeleTop, pada Selasa bagi mempromosikan musim terbaharu rancangan berkenaan.

Bilal Dah Mula Belajar Bertatih, Neelofa Turut Kongsi Pengalaman Kendali Next To Neelofa 2 Bilal Dah Mula Belajar Bertatih, Neelofa Turut Kongsi Pengalaman Kendali Next To Neelofa 2 Bilal Dah Mula Belajar Bertatih, Neelofa Turut Kongsi Pengalaman Kendali Next To Neelofa 2

Ads

Menurut Neelofa, bagi musim kedua ini, figura yang diundang kebanyakannya terdiri daripada bintang yang bergelar ibu.

“Kalau musim pengenalan kita tampilkan bintang legenda seperti Datuk Siti Nurhaliza, Nor Kumalasari, Puan Sri Normala Samsudin dan ramai lagi.

“Tetapi kali ini walau kebanyakan (tetamu) masih muda, tetapi mereka ialah ibu yang boleh relate on certain level,” katanya.

Ads

Neelofa pada masa sama turut berkongsi pendekatan yang digunakan setiap kali menemubual tetamu yang diundang.

“Orang tanya macam mana saya ‘buat’ mereka menangis. Sebenarnya saya pun berdebar juga. Berdoa… Ya Allah lembutkanlah hati dia, selesakanlah kita dan sebagainya.

Ads

“Selain itu, kita kenalah juga bina proses komunikasi itu,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada peminat selain dedikasinya kerana masih diberi peluang untuk muncul di kaca TV meski berpurdah.

Next To Neelofa musim kedua bakal bersiaran mulai 22 Oktober 2022, jam 10.00 malam di saluran Astro Ria dan Astro Prima.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI