Memasuki hari keempat Syawal, pengacara dan usahawan popular, Neelofa Mohd Noor akhirnya berkongsikan gambarnya sekeluarga pada pagi 1 Syawal lalu.
Memuat naik gambar dia bersama suami, PU Riz dan anak sulungnya, Muhammad Bilal, Neelofa, 34, sempat berseloroh mengatakan betapa ‘susahnya’ untuk mendapatkan gambar hari raya keluarga yang ‘sempurna’ bila ada anak kecil yang meragam.
“It takes two to calm a grumpy child during a Raya family photo (Memerlukan 2 orang untuk menenangkan anak yang grumpy ketika mahu mengambil gambar raya keluarga),” tulis Neelofa di ruangan kapsyen.
Neelofa kemudiannya dilihat mengubah kapsyen baharu berkongsikan gelagat lucu anak sulungya itu, “Tolonggg ada budak tecik mengantuk tak nak raya..”
View this post on Instagram
Bergaya sedondon dengan persalinan rona kuning lembut, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Bilal yang mencuit hati itu.
“Hahaha lucu Bilal.
“Bila tiada mood, comelnya.
“Pic nombor dua, Bilal cuba untuk melarikan diri namun tak berjaya,” komen beberapa netizen.
Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz atau Haris Ismail, 28, pada 27 Mac 2021.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Muhammad Bilal yang kini berusia satu tahun.
Neelofa kini sedang sarat hamil anak kedua dan dijangka bersalin pada pertengahan tahun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI