Isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Hana Azraa dipercayai telah memuat naik sekeping foto wanita tidak bertudung di Instagram miliknya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Hana mendakwa wanita tersebut dipercayai merupakan kekasih hati suaminya yang baru.
 
“Adakah ini dia? Betapa lovely kekasih hati awak #myhusbandlover #whoisshe #youknowher,” tulisnya di ruangan kapsyen.

“Bilalah Nak Habis,” – Foto Gadis Tak Bertudung Viral, PU Abu Respon Dakwaan

Sekali gus, perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai respon netizen.

“Bilalah Nak Habis,” – Foto Gadis Tak Bertudung Viral, PU Abu Respon Dakwaan “Bilalah Nak Habis,” – Foto Gadis Tak Bertudung Viral, PU Abu Respon DakwaanBagaimanapun, entri terbabit telah dipadamkan beberapa minit selepas ia dimuat naik.

Sementara itu, Abu turut memberikan respon berhubung isu itu.

Malah,dia turut kesal atas apa yang berlaku pada diri dan keluarganya.

Ads

“Bila lah nak habis, fuh!,” tulisnya ringkas di Insta Stories.

“Bilalah Nak Habis,” – Foto Gadis Tak Bertudung Viral, PU Abu Respon Dakwaan

Dalam masa sama, Abu turut terkesan akan apa yang berlaku.

“Assalamualaikum dan salam tabaiyyun

Ads

“Sy mengambil. Maklum berhubung berita yg viral semalam membabitkan diri saya dan isteri saya.

“Apa yang terviral adalah spekulasi semata2 dan tidak berdasarkan kenyataan yang sebenar.

“Gambar yang tersebar tidak dapat dipastikan sumbernya kerana ia lebih bersifat cuba mengaibkan seseorang,” tulisnya yang kini bertugas di Mekah untuk menguruskan jemaah.

Ads

View this post on Instagram

Assalamualaikum dan salam tabaiyyun 🥰 Sy mengambil. Maklum berhubung berita yg viral semalam membabitkan diri saya dan isteri saya. Apa yang terviral adalah spekulasi semata2 dan tidak berdasarkan kenyataan yang sebenar.Gambar yang tersebar tidak dapat dipastikan sumbernya kerana ia lebih bersifat cuba mengaibkan seseorang. . Saya kini berada dan bertugas di Mekah dan akan balik ke Malaysia dalam sehari dua ini. Inshaa allah saya akan mengeluarkan kenyataan yang akan menjelaskan situasi sebenar berhubung berita viral tersebut. Harap rakan media boleh bersabar.Tetapi hakikat yang sebenarnye…hal yang melibatkan KECURANGAN tidak berlaku dan hanyalah salah faham. . Saya mohon agar pihak media tidak lagi menyiarkan atau membuat susulan berita sehingga saya mengeluarkan kenyataan sebenar (amalkan sikap bertabayyun yakni dapat kan dari sumber sebenar). Berita viral seumpama ini tidak wajar tersiarckerana ia melibatkan maruah dan emosi keluarga banyak pihak (saya dan sebelah keluarga isteri) yg mereka tidak mengetahui latar belakang sepenuhnya isu ini. Sekian terima kasih. Muhammad Abu Sufyan Mekah 26/1/2020 6.00 am

A post shared by Abu Sufyan Mokhtar (@_sufyanmokhtar) on

Terdahulu, kisah rumah tangga pasangan itu mendapat perhatian ramai.

Abu dan Hana berkahwin pada Mei tahun lalu dan kini sedang menanti kelahiran anak sulung hasil perkongsian hidup bersama.

Abu sebelum ini berkahwin dengan Ain Afini dan menceraikannya ketika Ain sedang hamil tujuh bulan.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak lelaki, Muhammad Adam Aysar yang kini berusia tujuh bulan.

Foto : Instagram Hana Azraa, Abu Sufyan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI