Penyanyi senior, Ramlah Ram akui ada terfikir mengenai soal tajuk lagu yang dinyanyikan oleh seseorang penyanyi itu seolah-olah boleh memberi impak dalam kehidupan sebenar.

Bagaimanapun, dia tidak mahu meletakkan perkara tersebut sebagai satu hal serius kerana percaya, semuanya ditentukan oleh Yang Maha Esa.

Hampir 35 tahun terlibat dalam dunia seni, Ramlah kini sebolehnya cuba elakkan daripada menerima lagu yang mempunyai tajuk berbaur negatif.

“Saya pernah bercakap mengenai hal ini dengan rakan-rakan. Kita ni tak berapa eloklah kalau nak percaya dengan perkara-perkara yang macam tu seratus peratus.

“Cuma bagi saya, bila kita menyanyi, kita akan nyanyi dengan sepenuh perasaan dengan hati. Jadi kalau boleh bila berkongsi mengenai tajuk lagu, saya tak nak tajuk berbaur negatif.

IKLAN

“Misalnya menerusi lagu Ketentuan, asalnya tajuknya bukan begitu. Tajuknya lain dan saya tak mahu. Jadi bila berbincang, tajuknya ditukar kepada Ketentuan. Bukan takut dengan ‘badi’ atau apa.

“Kalau berdoa misalnya, kita pasti akan berdoa dengan sepenuh hati, sama halnya bila menyanyi pula dengan sepenuh jiwa sebab kita nak sampaikan mesej dalam lagu itu. Seolah-olah datang dari hati, macam kita yang minta.

“Jadi bila tajuk lagu sedemikian, kita yang nyanyikan lagunya. Orang akan sebut dan lama-lama ia ibarat mendoakan. Tapi itu pandangan peribadi sayalah, setiap orang pasti akan ada pendapat sendiri,” katanya kepada MH.

IKLAN

Ramlah turut bercerita mengenai barisan lagu hitsnya sebelum ini yang mempunyai tajuk lagu yang ‘patah hati’.

“Fasal tajuk-tajuk lagu lama saya pula, masa tu tak terfikir lagi mengenai perkara itu. Sebab lama kelamaan, kebanyakannya ia macam terjadi dalam kehidupan sebenar.

IKLAN

“Contohnya, kalau kita nyanyi sekarang, ia tak jadi lagi. Tapi ia macam berlaku di kemudian hari, tapi itu semua kerja Dia. Kita hanya merancang.

“Kau Kunci Cintaku tak negatif tapi tajuk Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi itu negatif. Selamat Jalan Romeo pun tak negatif, dia playboy… Jadi selamat tinggallah!,” seloroh penerima trofi Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular 1989 itu lagi.

Dalam perkembangan lain, penyanyi kelahiran Johor itu baru sahaja muncul dengan single, Masar Cinta ciptaan ciptaan Allahyarham Suzaimi Soaib.

https://www.youtube.com/watch?v=rn5RdytdJLI&t=228s

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI