Pelakon Zarina Zainuddin menempelak seorang pengguna Instagram yang didakwa telah mengutuk serta memberikan reaksi yang kurang sopan terhadap penampilannya.
Zarina menerusi Instagram menjelaskan, dia geram kerana tidak semana-mana menerima kritikan negatif.
“Saya sebenarnya tak pernah nak ambil kisah hal orang. Kau nak tunggang terbalik ke hal kau lah. Aku lebih baik jaga keluarga aku sekeliling aku.
“Kau apa hal cari pasal dengan aku. Aku kacau kau ke? Suka hati aku lah nak posing dengan tudung @aliffsyukriterlajaklaris.
“Aku ni duta tudung dia kenalah aku gaya kan tudung tu. Kau tu bukan followrs aku pun tetiba komen kutuk-kutuk apahal.
“Aku pakai tudung pun kau nak kutuk .. tak kena gaya lah, dah tua lah. Habis tu aku kena biar kan diri aku tua tak terurus macam kau ke. Binawe punya bingai.. kan dah kena! Nak sangat aku serang kau ke!,” tulisnya.
Malah Zarina turut memuat naik tangkap layar reaksi yang diberikannya terhadap pemilik akaun terbabit.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat menasihatkan Zarina agar bersabar dah tidak usah melayan komen yang tidak berasas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.