Bincang Topik ‘Obses Penampilan’, Ini Yang Didedahkan Didie Alias – “Bila Dah Nak Masuk Umur 50, Saya Hanya…”

Share

Artis versatil, Didie Alias mengakui mengambil peka soal penampilan dirinya untuk sentiasa tampak menarik setiap kali menghadiri pelbagai majlis.

Sebagai selebriti yang sentiasa menjadi perhatian ramai, pelakon berusia 49 tahun ini berkata dia amat menitikberatkan soal penampilan memandangkan yang ditampilkan menjadi perhatian umum.

“Daripada awal penglibatan dalam industri seni ni, kalau keluar pun memang kena jaga kita punya keterampilan tetapi harus bersesuaian dengan situasi keadaan atau tempat.

“Jadi, kita kena berhati-hati dengan apa yang kita pakaiz Sekarang, orang biasa bukan selebriti pun jaga keterampilan sebab kadang-kadang, pemakaian kita pun menjadi ikutan. Jadi sebab tu kita kena tunjuk benda yang bagus kepada mereka,” katanya.

Malah, bintang drama bersiri Cukup Derita Itu ini juga akui dia sebenarnya gemar bergaya ringkas dan apa yang dikenakan bergantung kepada majlis yang dihadiri.

“Macam sekarang, bila dah nak masuk umur 50 ni, saya hanya obses dengan penampilan pada masa-masa tertentu sahaja. Contohnya bila hadiri majlis yang ada tema, konsep dan sebagainya baru kita kena ikut.

“Sebenarnya, kalau hari-hari biasa saya seorang yang sangat ringkas kadang-kadang tu saya cuma pakai baju-t dengan ‘lengging’ sahaja. Tak adalah pula kalau keluar nak pergi pasar pakai gaun,” selorohnya bersama penonton.

Didie telah mendedahkan perkara tersebut ketika diundang sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi pendapat mengenai topik ‘Obses Penampilan’ di Wanita Hari Ini, TV3, baru-baru ini.

Foto: Instagram Didie Alias

Published by
Nazar Rafiqhi