“Bini Dia Stay Bukan Sebab Bini Dia Loser. Bini Dia Stay Sebab…,” – Reaksi Zarina Anjoulie Fasal Isu Aliff Aziz Didakwa Kantoi Curang Lagi

Share

Pelakon dan bintang Insta, Zarina Anjoulie ada memberikan pandangan berbentuk sinikal buat Aliff Aziz yang didakwa berlaku curang buat kesekian kalinya.

Semuanya gara-gara foto mesra yang didakwa mirip kepada bintang berkenaan yang dirakam sedang berselfie bersama seorang gadis.

Foto tersebut berapa beberapa video melibatkan lelaki dan gadis tersebut mulai dikongsi pengguna media sosial hingga mencetuskan sensasi.

Lalu, Zarina yang mesra disapa Anju menerusi sesi Live di Instagram sebentar tadi ada memberikan pandangan berhubung perkara itu selepas dihujani dengan pertanyaan dari netizen.

Anju bagaimanapun dilihat memberikan sokongan buat isteri Aliff, Bella Astillah yang disifatkannya sebagai wanita yang kuat.

“Cepat apa lagi yang korang tak puas hati fasal Aliff ni cuba cerita. Bini dia tak kan cerai dengan dia? Good for her. Some people are emotionally strong. Bini dia stay bukan sebab bini dia loser. Bini dia stay sebab Bella is emotionally strong.

“Kau kena faham tu. When your emotionally strong, thats means iman kau kuat, kau punya hati kuat. Macam aku tak kuat. Kalau aku, aku tendang je k*** laki dia tu.

“Laki layan DM (direct message) pun aku dah ludah kat k*** dia,” antara kata yang dipetik dari sesi Live tersebut.

Terdahulu, Anju pernah dikaitkan dengan bintang tinggi lampai asal Singapura itu beberapa tahun lalu.

Foto: Instagram Zarina Anjoulie, Bella Astillah & Aliff Aziz

Published by
MH