Pelakon dan pelawak, Shuib berang dengan tindakan seorang individu yang mendakwa dirinya gemar mengambil kesempatan terhadap isu-isu panas termasuklah hal berkaitan isterinya yang juga merupakan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

Menerusi hantaran di Instagram, Shuib tampil mempersoalkan tindakan individu berkenaan memuat naik hantaran sedemikian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Pagi-pagi ini, mata jadi cerah bila nampak posting macam ni. Jom kita bincangkan sama-sama. Apa maksud awak?

“Kalau saya memuat naik hantaran tentang arwah isteri, itu dikira ‘menunggang’ ya bagi awak?

“Maaf nak tanya, saya memang tak boleh bercakap tentang arwah isteri saya ke? Jawab soalan saya?,” tulisnya.

Individu berkenaan dikatakan memuat naik tersebut kerana dipercayai kurang senang dengan tindakan Shuib menjemput banduan yang sebelum ini dipenjara akibat kes pembunuhan kejam sebagai tetamu undangan di program Dol’s Podcast.

Sementara itu, menerusi beberapa hantaran di Instagram stories, individu berkenaan dilihat ada membuat permohonan maaf dan meluahkan rasa kesal dengan tindakannya itu.

Ads

Katanya lagi, dia mengakui khilaf dan memuat naik hantaran tersebut tanpa berfikir panjang.

“Bini Meninggal Pun Dia Tunggang, Apatah Lagi Bekas Banduan Kerat 8,” – Individu Cari Pasal Lagi, Shuib Ambil Tindakan Tegas “Bini Meninggal Pun Dia Tunggang, Apatah Lagi Bekas Banduan Kerat 8,” – Individu Cari Pasal Lagi, Shuib Ambil Tindakan Tegas

Namun, Shuib tetap bertegas untuk membawa perkara ini ke muka pengadilan.

“Bini Meninggal Pun Dia Tunggang, Apatah Lagi Bekas Banduan Kerat 8,” – Individu Cari Pasal Lagi, Shuib Ambil Tindakan Tegas

Jelas bekas anggota kumpulan Sepah itu lagi, ini bukan kali pertama dia berhadapan dengan isu seperti ini lantas, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas.

Ads

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan individu terbabit selain turut meluah bersimpati dengan keadaan Shuib.

“Itu isteri dia. Sampai bila-bila pun tidak akan terputus hubungan. Sedih la bila orang selalu cakap Shuib tunggang bab arwah isteri. Dia berhak cakap sebab itu isteri dia.

“Gila betullah. Isteri dia kot, suka hati dialah. Hempuk nanti baru tahu.

“Ambil tindakan terus Shuib. Tak serik-serik netizen sebegini.

Ads

“Saman dia bang. Mulut busuk serupa longkang.

“Lain kali, kalau nak cakap apa-apa, fikir dahulu. Fikir pakai otak, bukan kepala lutut,” antara komen-komen netizen.

Sebelum ini, kecoh seorang individu membuat tuduhan Siti Sarah dipaksa ditidurkan sebagai bukti keberkesanan vaksin, namun akhirnya meninggal dunia.

Enggan memanjangkan cerita, Shuib memaafkan individu terbabit dengan memintanya membayar sejumlah ganti rugi kepadanya.

Meskipun tidak berkongsi jumlah bayaran, Shuib mendermakan keseluruhan wang berkenaan kepada tabung Palestin.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Shuib

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI