Penyanyi Eka Sharif berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dirinya sudah selamat bersalin kira-kira jam 3.00 pagi, pada Sabtu.
Bintang yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti, Akademi Fantasia 9 (AF9) itu memaklumkan hal tersebut menerusi Instagram bersama paparan foto permata hatinya.
Bagaimanapun, wajah penuh bayi lelaki tersebut ditutup dengan emoji.
“Alhamdulillah… (sabtu) 17.4.2021 . pkl 3am.. eka selamat melahirkan seorang bayi lelaki Luth Mateen.
“Terima kasih pada semua yg mendoakan dan segalanya telah dipermudahkan Alhamdulillah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Eka atau nama sebenarnya, Nur Atiqah Shariffufin, 31, mendirikan rumah tangga dengan Nazrulnazim Abdul Jabar, 33, pada 19 Julai 2020 dalam satu majlis pernikahan ringkas.
Foto: Instagram Eka Sharif