Pelakon Jeremy Renner dilaporkan berada dalam keadaan kritikal namun stabil selepas mengalami kecederaan serius ketika membersihkan salji di kawasan kediamannya di Las Vegas, Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh wakil pengurusannya, Jeremy ketika ini masih lagi dirawat dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) berhubung kecederaannya itu.
Kenyataan itu juga menyebut pelakon berusia 52 tahun itu mengalami kecederaan serius di bahagian dada.
“Kami boleh mengesahkan Jeremy berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil selepas kecederaan dialami dalam kemalangan berkaitan cuaca semasa membersihkan salji,” kata kenyataan tersebut.
Ads
Jeremy memainkan watak adiwira popular Hawkeye/Clint Barton dalam siri popular Marvel, The Avengers, mendiami sebuah rumah di Washoe County, Nevada sejak beberapa tahun lalu.
Kawasan kejiranan Jeremy yang terletak di Utara Nevada itu sering dilanda salji lebat akibat ribut pada malam tahun baharu.
Ads
Selain menjadi Avenger, Renner juga dua kali dicalonkan dalam Anugerah Oscar, memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik ketika berlakon dalam filem The Hurt Locker dan dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem The Town.
Ads
Jeremy juga popular menerusi wataknya sebagai William Brandt dalam filem Mission: Impossible – Ghost Protocol yang ditayangkan pada 2011.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak semena-mena, nama pelakon, Que Haidar tiba-tiba menjadi sebutan malah turut menjadi trending di laman Twitter sejak semalam.
Hasil pemerhatian MH, rupa-rupanya nama pelakon tersebut kembali diperkatakan gara-gara netizen mengenang kembali babak tegang yang berlaku antara Que dan Lisa Surihani menerusi salah satu babak dalam filem Lagenda Budak Setan.
Menerusi filem tersebut, Que mendukung watak sebagai Azmi.
Que haidar's acting is a top notch acting. I literally have nothing to complain https://t.co/SPy8Teiwl2
Perbualan tersebut tercetus selepas ada netizen yang cuba membandingkan babak tersebut dengan salah satu adegan emosi pertengkaran suami isteri dalam telefilem terbaru lakonan Syafiq Kyle berjudul Cerai.
Meneruri beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Twitter, Que mendedahkan dia juga terkejut selepas mengetahui mengenai perkara tersebut.
“Naper trending lak ni?
“Ok, paham! Thank you semua ingat dengan kerja seni saya. Alhamdulillah.
“Aku pun terperanjat, tiba-tiba ada ulangan ke cerita tu?,” tulisnya.
Dalam pada itu, suami kepada guru tari, Linda Jasmine itu turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sehingga kini menghargai kerjaya seninya itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa rindu untuk melihat kembali Que beraksi di layar perak.
Terdahulu, Cerai merupakan sebuah telefilem arahan Ariff Zulkernain yang telah ditayangkan di saluran Astro Citra dan Citra HD.
Selain Syafiq, telefilem ini turut dibintangi ramai pelakon hebat antaranya Siti Khadijah, Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosmila dan ramai lagi.
Sumber: Twitter Que Haidar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Syura Badron, yang berdepan saman daripada penyanyi, Siti Nordiana bersama empat kenalan lain bersikap terbuka dan sudah memaafkan membabitkan segala kemelut di antara dia dan penyanyi berkenaan.
Syura,35, berkata kepada MH, hatinya berlapang dada untuk melupakan perkara itu meski sedia maklum untuk melupakan segala hal yang terjadi mungkin sukar.
“Rasanya untuk berbuat demikian ia memerlukan persetujuan kedua-dua belah pihak. Jadinya saya dan rakan-rakan sudah terbuka mengenai perkara ini. Sebab itulah kita ada mediasi dan pada sesi berkenaan pun kita sudah meluahkan segala-gala. Cuma nampaknya, kita gagal capai kata sepakat daripada kedua-dua belah pihak.
“Jadi bila tiada persetujuan dan kes itu masih berjalan, kita hanya ikut prosedur saja. Kalau kata memaafkan atau memohon maaf, untuk saya sendiri… Lillahi ta’ala saya dah memaafkan segala apa yang berlaku.
“Cuma daripada dia, saya tak tahulah macam mana kan. Tapi untuk saya sendiri, saya sudah melupakan dan move on. Jadi bila ia dibawa ke mahkamah kita tengoklah apa keputusan.
“Saya mengharapkan peminat di luar sana mendoakan yang baik-baik bukan untuk saya seorang tetapi untuk pihaknya juga. Mudah-mudahan kita dapat satu keputusan yang baik bagi kedua-dua belah pihak,” katanya.
Penyanyi lagu Nazam Berkasih ini berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penutup Program Kasih 22 Hari Mesra Gelandangan Di Alka Ria, Jalan Tuanku Abdul Rahman, pada Selasa.
Ditanya apakah pendiriannya mengenai perkara tersebut secara peribadi, Syura akui hubungannya dan perkenalannya bersama Siti Nordiana sudah terjalin sejak usia remaja.
“Sebagai manusia siapalah kita untuk tidak memaafkan. Saya dengan dia bukannya baru (mengenali). Umur saya 13 tahun dan dia 15 tahun kalau tak silap saya, ketika itu. Lama sangat, daripada zaman budak-budak.
“Jadi bila berkawan-kawan ni ada masalah sudab tentulah memaafkan itu memang ada sentiasa di dalam hati. Cuma mungkin untuk melupakan… ia perkara personal. Untuk saya sendiri memaafkan, rasanya tiada masalah.
“Sekiranya dia (Nana) tonton video temubual ini, untuk saya sendiri dan bukan dari kawan-kawan yang lain, saya sudah memaafkan. Itu sahaja. Isu ini berterusan, kalau itulah yang terbaik kita terima dan teruskanlah,” katanya.
Terdahulu, Isu membabitkan penyanyi Siti Nordiana bersama Syura dan empat individu lain iaitu penyanyi, Lan Solo dan isterinya Nur Sheila; Pegawai Perhubungan Awam FMC Music, Sam Musyadzafar dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad itu bermula apabila penyanyi itu memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos lalu.
Dalam saman terbabit, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.
Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.
Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas merekadidakwa membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu.
Kes saman fitnah membabitkan penyanyi Siti Nordiana dengan lima individu berkenaan bakal didengar di Mahkamah Tinggi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti Azad Jazmin dan Eira Syazira akui menempuh pelbagai suka dan duka di alam perkahwinan.
Kongsi pasangan ini ketika menjadi artis undangan dalam segmen Geng Pagi Hot di radio Hot.fm, Azad mendedahkan kisah ketika di awal perkahwinannya.
“10 tahun kahwin tipulah tak ada pasang surut dalam perkahwinan, tapi yang paling perit sekali adalah ketika di awal perkahwinan.
“Saya baru akad nikah hari ini, lusa dia (Eira) pergi shooting untuk sebuah drama di Melbourne selama dua minggu.
“Saya ingat lagi ketika itu saya berasa sangat sedih kerana dia meninggalkan saya buat sementara waktu.
“Saya terfikir sekejap “beginikah cara aku berkahwin?”. Dua hari baru bernikah, biasalah nak suai kenal dengan isteri, tetapi dua minggu itu dia ‘hilang’ di Melbourne.
“Jadi, sebagai seorang suami yang baru berkahwin, saya hanya mampu bersabar dan menunggu kepulangan dia di KLIA 2,” kongsi Azad.
Bagaimanapun, setibanya Eira di Kuala Lumpur, dia berasa kesal dan marah dengan perbuatan Azad.
“Sejurus Eira pulang, dalam masa sama, saya ingat di KLIA 2 rupanya KLIA 1. Salah tempat rupanya,” seloroh Azad.
Imbas kembali, Eira dan Azad berkahwin pada September 2011.
Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Amarra Sofea Rose, 7 , Ameisya Leanne Rose, 2 tahun dan Areisya Suri Rose, 1 tahun 10 bulan.
Jika sebelum ini Adele membuat hantaran terharu kerana tidak sangka Celine Dion hadir ke malam persembahannya, kini giliran penyanyi lagu My Heart Will Go...