Pelakon yang mulai dikenali menerusi siri muzikal Glee, Naya Rivera dikhuatiri lemas selepas pihak berkuasa menemui anaknya, Josey Hollis Dorsey berseorangan dalam sebuah bot yang disewa pelakon berkenaan.
Kejadian berlaku di Tasik Piru, selatan California pada Rabu, ketika dia dan anaknya difahamkan berlibur di destinasi berkenaan.
Sementa itu, media antarahangsa turut memaklumkan, Rivera dikatakan telah menyewa bot tersebut kira-kira jam 1.00 petang, waktu tempatan sebelum sebuah penumpang bot lain mendapati, salah seorang penumpangnya, (Rivera) didapati tiada di dalam bot terbabit.
Lalu operasi pencarian diteruskan di kawasan berkenaan dan sekitar kawasan terlibat juga dilaporkan telah ditutup.
Serentak dengan itu, entri terbarunya di Instagram yang merakamkan aksi Rivera mencium si anak yang baru berusia empat tahun mulai dibanjiiri dengan pelbagai ucapan dari wargamaya.
Rata-rata memberikan coretan positif selain mengharapkan agar bintang berkenaan ditemui dalam keadaan baik, seterusnya kembali bersama anaknya itu.
Untuk rekod, bintang asal California, Amerika Syarikat itu pernah mendirikan rumahtangga dengan aktor Ryan Dorsey pada tahun 2014 dan pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki.
Mereka kemudiannya berpisah kira-kira dua tahun lalu.
Sumber : CBS, Twitter