Bintang Korea Selatan, Kang Daniel terpaksa direhatkan daripada dunia hiburan selepas didiagnos mengalami masalah kesihatan kemurungan.
Menerusi laporan The Korea Herald, agensi yang mewakili Kang Daniel, KONNECT memutuskan bahawa kesihatan penyanyi ini harus diutamakan terlebih dahulu berbanding kerjaya nyanyian.
“Mendapatkan rehat yang cukup merupakan keutamaan. Depresi yang dialaminya semakin teruk.
“Kang juga mengalami masalah kesihatan disebabkan sistem imunisasi lemah dan masalah kemurungan dan gangguan panik,” jelas agensi terbabit.
Malah, mereka turut membatalkan kesemua aktiviti seninya sehingga masa yang ditetapkan.
Bekas anggota Wanna One ini turut dikejarkan ke hospital bagi rawatan susulan.
Sekadar imbasan, Kang memulakan kerjaya pada 2017 bersama Wanna One sebelum bergelar artis solo pada tahun ini.
Konflik kontrak bersama bekas agensi LM Entertainment pada awal tahun ini menyebabkan dia berada dalam tekanan hebat, selain hal lain.
Malah skandal undian menerusi The Show yang menyaksikan lapan individu terlibat memanipulasi keputusan carta lagu popular baru-baru ini lebih memburukkan keadaan.
Walau bagaimanapun, Kang Daniel disahkan tidak bersalah dan berhak atas kemenangan tersebut.
Sumber : The Korea Herald