
Menerusi laporan Koreaboo, bintang K-Pop Top Secret, Yohan disahkan meninggal dunia pada Selasa.
Walau bagaimanapun punca kematian bintang berusia 28 tahun itu tidak didedahkan setakat ini oleh pihak berkuasa.
KJ Music Entertainment mengesahkan laporan itu dan mengumumkan dalam satu kenyataan.
“Kami bawa khabar mendukacitakan. Ahli TST, Yohan, meninggal dunia pada 16 Jun.
“Keluarga mendiang amat sedih ketika ini. Kami minta pihak media agar hentikan penyebaran khabar angin dan spekulasi berhubung punca kematiannya,” katanya seperti yang dipetik.
Top Secret baru sahaja melancarkan album berjudul Countdown pada Januari lalu.
Upacara pengebumiannya akan berlangsung di Tanah Perkuburan Taman Katolik Yongin pada 18 Jun ini.
Sumber : Koreaboo
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Anugerah Amat Bermakna Untuk Saya Dan Arwah Suami Tercinta Johan Nawawi,” – Datuk Nora Ariffin

Penyanyi Nora Ariffin mengakui berasa sangat terharu selepas diiktiraf sebagai antara 335 penerima Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini.
Nora difahamkan telah menerima kurniaan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membawa gelaran Datuk.
Menurut Nora, dia berterima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong serta Kementerian Wilayah Persekutuan di atas pengiktirafan tersebut.
“Assalamualaikum. Alhamdulillaah, Segala puji hanya bagi Allah swt, Patik merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas perkenan kurniaan ini.
“Terima kasih juga kepada Kementerian Wilayah Persekutuan di atas pengiktirafan yang diberi,” tulisnya.
Jelas penyanyi lagu Samudera itu lagi, dia menyifatkan penganugerahan ini sebagai hadiah paling istimewa bukan sahaja buat dirinya tetapi untuk arwah suaminya yang juga merupakan komposer tersohor, Allahyarham Johan Nawawi.
“Sejujurnya saya amat bersyukur pada Allah swt, terharu, teruja dan gembira di atas penganugerahan ini. Ia adalah anugerah dan hadiah yang amat bermakna untuk saya dan juga arwah suami tercinta Johan Nawawi.
“Saya dengan rendah diri ingin mengucapkan terima kasih kepada anak-anak tercinta, keluarga, saudara mara, sahabat sahabat, peminat peminat dan semua pihak media yg telah memberi ucapan, sokongan dan doa kepada saya,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Nora menegaskan dirinya akan menggalas amanah ini sebaiknya lebih-lebih lagi untuk menjadi suri teladan kepada semua pihak termasuklah para penggiat seni tanah air.
“Ini adalah satu amanah, tanggungjawab dan peniup semangat untuk saya terus aktif bergiat dalam bidang seni budaya. Semoga kita semua diberkati Allah swt.
In Shaa Allah. 1 Februari 2021,” akhirinya.
Selain Nora, antara penggiat seni yang turut sama dikurniakan darjah kebesaran tersebut adalah penyanyi, Yusry KRU dan dan penulis lirik, Habsah Hassan.
Sumber: Instagram Nora Ariffin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tiada Siapa Inginkan Penceraian,”- Bercinta Dengan Lelaki Muda Dua Tahun, Nonny Nadirah Tenang Berdepan Reaksi Pelbagai Netizen

Pelakon Nonny Nadirah,30, meluahkan rasa di Instagramnya apabila ada segelintir pihak yang mulai mengecam seolah-olah mahu menjatuhkan semangat dirinya ketika sedang menikmati saat bahagia.
Nonny yang lahir menerusi program realiti Akademi Fantasia, sebelum ini dikaitkan mempunyai hubungan rapat dengan pelakon Niezam Zaidi, 28 tahun.
“Hadapi dgn tenang dan senyum tak perlu kata apa-apa. Dibentangkan karpet merah bagi mereka semua yang ingin mengecam, memfitnah dan menjatuhkan.
“Terima kasih kerana telah memenuhkan saham akhirat saya. Semoga kita semua diberikan taufik dan hidayah. beringatlah, kena sentiasa ingat.
“Fitnah dunia akhir zaman, benda yang tak ada boleh diada kan,” tulis Nonny.
View this post on InstagramA post shared by 🦋 Nonny Nadirah 🦋 (@nonnynadirah) on
Menurutnya, ada yang iri hati melihat dirinya gembira dan mula menyebarkan fitnah.
“Tiada siapa yang inginkan penceraian. Bodohnya aku seorang yang dulu title nya bujang lepas tu kahwin, lepas tu cerai semata-mata untuk dapat title janda.
“Semua orang boleh jadi baik. Tapi saya tak nak yang baik je, saya nak yang bertanggungjawab.
“Kepada korang yang belum ada experience dalam hal rumahtangga baik senyap kumpul ilmu banyak-banyak macam mana nak kenal & sayang pasangan korang.
“Yang dah kawin mesti faham dengan apa yang saya maksudkan,” tulisnya panjang lebar.
Baginya, jodoh adalah urusan Yang Maha Esa dan dia menerima dengan hati terbuka.
“Tentang jodoh? Itu semua rahsia Allah. Ada jodoh Alhamdulillah, tak ada jodoh tetap Alhamdulillah. Sentiasa sangka baik dengan Allah dan juga sesama manusia.
“Aku dah puas merasa sakit jadi orang nak buat apapun aku dah tak ada rasa apa-apa. Jadi buatlah sesuka hati kamu, semoga Allah sentiasa melindungi kamu.
“Ajar diri simpan niat dalam hati menyayangi sesuatu atau seseorang itu demi kerana Allah nescaya kamu akan bahagia dunia dan akhirat. Percaya pada janji Allah,” tulis Nonny lagi.
View this post on InstagramA post shared by 🦋 Nonny Nadirah 🦋 (@nonnynadirah) on
Untuk rekod, Nonny pernah berkahwin dengan Mustain Adnan.
Bagaimanapun, rumah tangganya retak tidak sampai setahun usia perkahwinan mereka.
Foto: Instagram Nonny Nadirah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiada Latar Belakang ‘Perniagaan’, Vivy Yusof Bukti Kejayaan Milik Semua! Kini DUCK Medunia!

Sebut sahaja jenama Duck, pasti terbayangkan warna ungu yang menjadi trademark jenama itu. Malah, umum sedia maklum bahawa pengasas disebalik jenama gah ini merupakan figura yang sememangnya dikenali ramai.
Kejayaan pemilik nama Vivy Sofinas Yusof, atau lebih mesra disapa sebagai Vivy yang berjaya menempa nama sebagai usahawan pada usia 28 tahun sememangnya cukup membanggakan rakyat Malaysia dan wajar dijadikan sumber inspirasi.
Anak kelahiran Kajang ini merupakan pengasas bersama FashionValet, salah satu laman sesawang dalam talian yang menawarkan pelbagai label popular. Kejayaan yang diraih wanita muda ini bukanlah mudah yang disangka.
Mula Berjinak Di Alam Perniagaan Di Usia Muda 28 Tahun!
Vivy bermula dengan menulis di blognya sendiri, Proudduck.com dan telah mengelola laman blognya lebih tujuh tahun bermula dari zaman kolej ketika belajar di London.
Menerusi Blog itu, Vivy banyak bercerita mengenai kisah cinta, kerjaya, keluarga dan kini kehidupan hariannya sebagai seorang ibu. Ramai follower yang mengikut blognya dan dari situ Vivy mula mengumpul peminat tersendiri.
“Sebenarnya Vivy tidak mempunyai latar belakang dalam bidang perniagaan mahupun fesyen. Vivy mengambil jurusan undang-undang dari London, ‘School Of Economics’, manakala Fadzaruddin (suami Vivy) pula lulusan kejuruteraan penerbangan angkasa.
“Pada awalnya, FashionValet mula beroperasi sejak bulan November 2010 dengan hanya 10 jenama tempatan sahaja yang mengambil bahagian. Kini, Vivy dan suami mempunyai 30 orang pekerja dan stok barangan lebih dari 400 jenama dari serata Asia Tenggara,” ujar wanita kecil molek anak kelahiran Kajang ini.
Sekadar info, FashionValet menawarkan pelbagai pakaian fesyen dan aksesori dari pereka karya seni tempatan dan luar negara seperti Minz, Gallo by Thian, PU3, Sereni & Shentel, Mimpikita, Dusk Till Dawn dan banyak lagi.
Meskipun harga produk yang dijual di FashionValet agak mahal, tetapi menurut Vivy mereka berpegang kepada prinsip menyediakan produk yang berkualiti kepada pelanggan.
Itulah keistimewaan Vivy Yusof yang kini menjadi ikon fesyen. Mempunyai followers di laman instagramnya berjumlah 1.8 juta dan apa sahaja yang digayakan Vivy akan menjadi ikutan serta sorotan warganet.
Biarpun sibuk dengan kerjaya, Vivy tetap menjalankan tugas sebagai seorang isteri dan ibu kepada keluarganya. Pelbagai kejayaan ditempa dan menjadi inspirasi kepada hijabi di luar sana yang mengangkat Vivy sebagai idola mereka.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI