Pelakon yang popular menerusi siri Power Rangers, Jason David Frank dilaporkan meninggal dunia di Texas, Amerika Syarikat semalam.
Malah, berita sedih itu turut disahkan oleh wakilnya, Justine Hunt.
Dalam pada itu menerusi TMZ, sumber mendakwa punca kematian pelakon berusia 49 tahun itu disebabkan bunuh diri.
Pelakon Walter Jones yang memegang watak rangers berwarna hitam dalam siri Mighty Morphin Power Rangers (MMPR) pula dalam satu kenyataan menyifatkan kehilangan Jason akan dirindui.
Ads
“Dia banyak beri inspirasi kepada ramai orang. Dirinya pasti akan dirindui. Sangat sedih kehilangan seorang lagi ahli keluarga Ranger.
“Jason salah seorang watak penting. Kami berkongsi jatuh dan bangun akan tetapi saya sentiasa pinjamkan telinga kalau dia perlukan. Doa saya untuk keluarganya dan yang akan merinduinya,” katanya seperti yang dipetik.
Ads
Terdahulu, watak Tommy Oliver lakonan Frank digambarkan sebagai penjahat pada awal musim siri berkenaan sebelum dia menyertai Power Rangers sebagai Ranger Hijau.
Walaupun asalnya watak itu tidak dikekalkan lama, Frank kemudian ‘dihidupkan’ kembali memegang watak Ranger Putih dan menjadi ketua kepada kumpulan terbabit.
Ads
Mendiang turut membuat kemunculan khas dalam filem terbitan semula Power Rangers pada 2017 dan turut aktif dalam aktiviti seni pertahanan diri sebelum ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber, Foto: TMZ, Hollywood Live, Getty Images
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Risteena Munim ada memberi pujian kepada pelakon yang semakin dikenali ramai, Wafariena yang memegang watak Nurul Ain menerusi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2.
Kongsi Risteena, dia menyifatkan pelakon tersebut sangat berbakat sebagai bintang yang memegang watak antagonis.
Selain itu, kakak kepada pelakon Ruhainies ini pernah memaklumkan berkerjasama dengan Wafariena menerusi sebuah telefilem.
“Selfie satu dengan Nurul Ain yang tengah dikecam ramai ni disebabkan watak dia. Maknanya lakonan menjadi.
“Honestly saya tak sempat untuk tengok drama tu, even drama sendiri pun kadang2 tak sempat tengok But trust me, she’s a nice girl. Dia bukan Nurul Ain yang korang cakapkan tu.
“Kami pernah shooting sama2 dalam telemovie Rinding, tapi tak ada scene sekali. So tak berjumpa pun. Baru2 ni terjumpa untuk photoshoot,” jelasnya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 30 tahun ini mendoakan agar Wafariena sukses dalam karier lakonan.
“I just wanna wish all the best in your career @wafarienaroslan Semoga berjaya dunia akhirat. Amin 🙂 See you soon!,” tulisnya lagi.
Drama rantaian yang telah mencipta fenomena ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Siti Saleha, Shukri Yahaya, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Kazar dan ramai lagi.
Foto: Instagram Risteena
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Beberapa hari lalu, primadona Erra Fazira mencuri tumpuan para pengikutnya di Instagram apabila ‘belanja’ wajah polosnya tanpa mengenakan secalit solekap bagi melakukan satu tutorial solekan.
Rata-ratanya kagum serta memuji penampilan bintang Sembilu itu menerusi IG TV berdurasi lebih empat minit itu meski sudahpun melewati usia 40-an.
Malah, ada yang memuji wajah pemilik nama Fazira Wan Chek itu yang kelihatan segar dan awet muda kerana memiliki kulit wajah mulus berseri bagai tidak dimakan usia.
Malah, rakan selebriti juga ada meninggalkan komen terhadap video hos program Mingguan Wanita itu.
Erra Fazira dilahirkan pada 9 Februari 1974 di Sungai Choh, Rawang, Selangor. Pada usia 18 tahun, Erra mewakili Malaysia pada pertandingan Miss World 1992 yang diadakan di Afrika Selatan.
Foto: Instagram Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Betty Banafe meluahkan rasa sedihnya apabila penyakit kulit (ekzema) yang dialami semakin menular di bahagian tangannya.
Kongsi Betty menerusi Instagram, dia sudah menggunakan pelbagai kaedah bagi mengurangkan masalah tersebut, namun gagal.
“Assalamualaikum, kadang-kadang rasa sedih sebab I punya masalah ekzima tak settle sampai sekarang. Dulu masa kecil selalu kena asma,selalu semput. Bila dah dewasa ni masalah kulit pula.
“Benda yang paling I takut ialah orang takut nak salam I.. Actually, ekszema tak berjangkit..kalau jangkit, orang pertama kena mesti anak2 I.
“Dia (ekzema) tak boleh kena minyak. Nanti gatal jadi luar biasa. Dah cuba letak argan oil,olive oil.. tapi gatal juga.
“Gatal yang tahap maksima.. pergi Arab beli ubat ni, tapi dah habis.. Di Malaysia tak ada jual.. Pergi jumpa doktor, merea hanya beri streoid (sejenis krim)..Tapi tak baik juga. I tak tahu apa jalan penyelesaiannya,” kata Betty sambil merakam videonya.
Sementara itu, menerusi ruangan komen, netizen telah memberikan cadangan dan pendapat bagi mengatasi masalah kulit yang dialami pelakon berusia 40 tahun itu.
Video : IG Betty Banafe
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti, Baim Wong dan Paula Verhoeven, telah secara rasmi bercerai selepas proses perceraian yang bermula sejak Oktober 2024. Keputusan ini diumumkan oleh Humas...